06 Januari 2012

Tentera penjajah adakan sekatan di Khalil

Laporan jam 11:30 pagi, waktu Palestin
Jam 11:30 pagi, waktu Mesir

KHALIL - Tentera rejim penjajah telah mengadakan sekatan-sekatan tentera sejak semalam dan pagi tadi di beberapa buah jalan masuk utama ke Wilayah Khalil, selatan Tebing Barat.

Sumber keselamatan berkata kepada agensi berita SAFA, sekatan tentera yang diadakan oleh penjajah telah dipasang di jalan masuk Mukhayyam(kem pelarian) Al-Aruba di sebelah utara Khalil dan turut dipasang di sebelah timur menuju ke jalan masuk ke daerah Sa'ir.

Tambahan lagi, sekatan-sekatan yang lain diletakkan di beberapa buah jalan masuk ke bandar Khalil, iaitu di daerah Az-Dzahiriah dan kawasan Bayt 'Ainun.

Tentera-tentera rejim penjajah yang berada di sekatan-sekatan berkenaan menjalankan pemeriksaan ketat ke atas identiti penduduk Palestin yang melintasi sekatan, malah penduduk Palestin turut ditahan mengikut tempoh-tempoh masa yang tertentu. Sumber 06/01/2012, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan