25 Februari 2012

[Kemaskini] Zionis serang kilang simen di Rafah

Laporan jam 11:49 malam, waktu Palestin
Jam 11:49 malam, waktu Mesir

RAFAH - Kedengaran satu gegaran kuat menjelang tengah malam ini ekorang serangan yang dilancarkan oleh pesawat tempur zionis ke atas sebuah kilang simen di sebelah barat bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Tambahan dari sumber agensi berita SAFA, lokasi sasaran pengeboman pesawat zionis berhampiran dengan pos keselamatan dalam negeri jarak 500 meter dari garisan sempadan Semenanjung Gaza-Mesir.

Berhubung serangan, sumber dari keamanan menjelaskan, pesawat tempur zionis F-16 melancarkan sekurang-kurangnya dua serangan peluru misil ke atas kilang simen tanpa mengakibatkan kecederaan, hanya kerosakan harta benda di lokasi berkenaan.

Tidak lama selepas itu, pesawat tempur zionis menyerang pula sebuah terowong bawah tanah di Hayyu As-Salam, timur Rafah yang menyebabkan terjejas teruk.

Sebagaimana dinyatakan, pesawat tempur zionis yang berbagai jenis kerap berterbangan rendah di ruang udara Semenanjung Gaza. Selepas pengeboman, pesawat-pesawat tempur zionis beredar meninggalkan ruang udara.

Tiga roket menyerang daerah jajahan

Sebelum kejadian serangan dari pesawat zionis, sebuah web berita Israel versi hebrew, 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) berkata, satu serangan roket telah gugur malam tadi di kawasan Majlis Penempatan Eshkol, selatan tanah jajahan 1948 dari sebelah timur Semenanjung Gaza.

YNET berkata lagi, sebelum itu, dua serangan roket buatan tempatan telah gugur di bandar Askelon, selatan tanah jajahan 1948.
_____________________________________
Baca lagi:
KATAIB NASEER lancar serangan ke lokasi-lokasi zionis

_____________________________________

Sumber menyatakan, letupan dari roket-roket ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda. Sumber 25/02/2012, web berita Paltimes.net dan Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan