![]() |
| 7, 900 000 jumlah keseluruhan dalam tanah jajahan 75% dari kalangan Yahudi |
Laporan jam 11:45 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 10:45 pagi, waktu Mesir
BAITULMAQDIS - Biro Statistik Pusat Israel telah melaporkan bahawa jumlah taburan penduduk dalam wilayahnya(tanah jajahan) yang terdiri dari Yahudi dan Palestin telah mencapai tujuh juta sembilan ratus ribu(7,900 000) orang. Nisbah jumlah populasi ini telah meningkat sebanyak 2% berbanding tahun lepas.
Dalam kenyataan hari ini, biro berkenaan menyatakan bahawa kadar populasi penduduk Yahudi mencapai 75% dari jumlah keseluruhan penduduk, sementara populasi Palestin sebanyak 20% sahaja dari bilangan keseluruhan yang berada dalam wilayah ini(tanah jajahan). Sumber 25/04/2012, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:
Catat Ulasan