24 April 2012

Culik dua nelayan di laut Gaza

Nelayan Palestin menjalankan rutin harian memburu ikan di laut Gaza. Kelihatan latarbelakang mereka sebuah kilang Israel yang hampir berdekatan dengan kawasan di sebelah utara Semenanjung Gaza.

Laporan jam 11:47 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 10:47 pagi, waktu Mesir

GAZA - Dua nelayan Palestin telah diculik tentera laut zionis(Israeli Navy) menjelang waktu tengahari Selasa(24/04/2012). Nelayan terbabit, Nader dan Hasan Abu Sam'an merupakan dua adik-beradik telah dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Ketua Kesatuan Nelayan di Gaza, Nazar Abu Ayyash berkata kepada agensi berita SAFA, "bot-bot laju tentera laut zionis telah mengepung perahu nelayan, kemudian, kedua-duanya dibawa ke pelabuhan Ashdod."

Tentera zionis senantiasa menjadikan para nelayan sebagai sasaran dan mengenakan kawalan ketat ke atas aktiviti harian di laut Gaza. Sedemikian itu, nelayan Palestin di Gaza seringkali di halang menjalankan rutin harian memburu ikan sejak dari tahun 2000. Sumber 24/04/2012, web berita Safa.ps

Klip rakaman Oktober 2008 memaparkan tentang gangguan tentera 
laut zionis ke atas nelayan Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan