Laporan jam 02:22 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 01:22 petang, waktu Mesir
Gerakan HAMAS mendakwa pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat menangkap empat orang anggotanya di bandar Nablus dan Khalil, Tebing Barat.
Kenyataan HAMAS pada hari ini menyatakan bahawa pihak keselamatan(الأمن الوقائي) telah menangkap seorang bekas tahanan, Jamal Al-Zubaidi dari bandar Nablus dan mangsa telah beberapa kali meringkuk dalam penjara keselamatan Palestin. Beliau juga saudara kepada salah seorang penduduk Palestin yang telah syahid, 'Imad Al-Zubaidi.
Pihak keselamatan Palestin yang sama, menurut kenyataan HAMAS, telah menangkap lagi seorang bekas tahanan, Yusof Talib Silwadi selepas menyerbu masuk rumahnya di kampung Tal, selatan bandar Nablus, kemudian tidak lama selepas ditangkap, Yusof dibebaskan pada petang semalam.
Berhubung kes yang yang sama, keterangan HAMAS menyebutkan bahawa mahkamah majistret telah memanjangkan lagi tempoh tahanan selama 15 hari ke atas bekas tahanan, Mu'az Yusof Raihan dari daerah Tal dan mangsa masih meringuk dalam penjara keselamatan Palestin.
Sementara itu di Khalil, selepas menjelang pertengahan malam Jumaat(25/05/2012), sepasukan pihak keselamatan Palestin melakukan rempuhan ke daerah Surif serta melancarkan operasi serbuan dan tangkapan ke atas anggota-anggota HAMAS.
Muhammad Abu Saleh dan Basem Ghanimat telah ditangkap pihak keselamatan Palestin.
Menurut kenyataan HAMAS, pihak keselamatan Palestin menyebut lagi beberapa buah rumah milik Ahmad Al-Qhadhi dan Shadi Ibrahim Ghanimat. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dilakukan, pihak keselamatan gagal menangkap kedua-duanya. Sumber 25/05/2012, web berita Safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan