15 Mei 2012

Pemuda Palestin rempuh sekatan Ni'lin

Laporan jam 10:28 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:28 pagi, waktu Mesir

RAMALLAH - Puluhan pemuda Palestin telah merempuh sekatan tentera Ni'lin Israel di sebelah barat Ramallah, Tebing Barat yang merupakan checkpoint memisahkan kawasan-kawasan jajahan 1967 dengan kawasan jajahan 1948. Demikian itu, rempuhan pada pagi ini(Selasa, 15 Mei 2012) merupakan tindakan yang disebut 'perarakan pulang ke bandar sejarah El-Ramlah'.

Salah seorang peserta perarakan berkata, perarakan ini disertai hampir 50 orang pemuda, mereka mula berarak hampir pada jam 9 pagi menuju ke arah sekatan Ni'lin tanpa sebarang pengumuman. Sebaik sahaja tiba di sekatan itu, tidak semena-mena mereka diserang oleh tentera penjajah yang telah pun dikerahkan bagi menyekat perarakan.

Tentera penjajah segera memukul pemuda-pemuda yang terlibat dalam perarakan sempena memperingati Nakbah Palestin, lalu tentera penjajah menangkap tiga orang pemuda, salah seorang darinya adalah Naji At-Tamimi, aktivis penyelaras kempen penentangan rakyat di kampung Nabi Saleh.

Bagaimanapun, sebilangan besar dari pemuda-pemuda yang terlibat dalam perarakan dapat melepasi masuk ke sebelah sekatan seraya mengangkat bendera Palestin dan banting 'hak pulang, pasti kami akan pulang'. Sumber 15/05/2012, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan