Laporan jam 12.38 tengahari, waktu BaitulMaqdis
Jam 11.38 pagi, waktu Mesir
NAQAB - Para tahanan Palestin dari gerakan HAMAS (حركة المقاومة الإسلامية) yang meringkuk dalam penjara Naqab (Negev) berkata, Jabatan Penjara Israel (SHABAS atau IPS) telah mengasingkan 30 orang tahanan yang mogok lapar dan memindahkan mereka ke tempat lain. Mereka juga telah dinafikan hak serta diasingkan dari dunia luar.
Tahanan-tahanan menjelaskan dalam satu salinan surat kepada wakil pemberita SAFA bahawa sebilangan dari tahanan yang mogok lapar mengalami sakit yang kritikal dan mereka tidak akan dibenarkan mengambil ubat dalam tempoh 48 jam kerana tidak boleh berbuat demikian semasa mereka mengadakan mogok itu. Oleh itu, mereka meletakkan bahawa Jabatan Penjara perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa mereka (kesengsaraan yang dihadapi semasa dalam kurungan).
Para tahanan Palestin merayu kepada Badan-badan Hak Asasi Manusia sama ada dari dalam (tempatan) mahupun antarabangsa agar bertindak segera menyelamatkan tahanan-tahanan yang sakit. Demikian itu, kelewatan bertindak akan menyebabkan nyawa para tahanan dalam bahaya.
Keterangan terbabit turut menjelaskan bahawa, 'kami sedang dihadapkan dengan serangan kejam Israel yang dilakukan oleh Jabatan Penjara yang mahu memisahkan antara kami dalam kurungan asing malahan memukul tahanan serta melakukan jenayah terancang terhadap kami, berikutan itu, mengambil kesempatan dari tidak membenarkan liputan media dan lawatan dari para peguam bela'.
Di akhir keterangan para tahanan menyebut, "dengan izin Allah tubuh-tubuh ini akan menang dengan menunjukkan cara yang adil, moral yang baik dan berperikemanusiaan kepada warden penjara meskipun mereka dilanda kesakitan." sumber 04/05/2012, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan