17 Mei 2012

Tujuh cedera dalam serangan zionis di sempadan


Laporan jam 08:40 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:40 pagi, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Serangan mengejut dari tentera rejim zionis pada pagi Khamis hari ini di sempadan-sempadan sebelah timur dan utara telah menyebabkan tujuh penduduk Palestin cedera. 

Salah seorang mangsa serangan zionis
yang dirawat di Akademi
Perubatan As-Shifa'.
Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Semenanjung Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, tiga mangsa yang cedera adalah dari kalangan yang berusia. 

Menukil dari sumber SAFA, dua orang penduduk yang menjadi mangsa serangan disifatkan kritikal dan baki yang lain mengalami kecederaan yang sederhana.

Kereta kebal zionis melepaskan das tembakan

Pemberita SAFA melaporkan, kereta kebal zionis yang berada dalam garisan sempadan melepaskan beberapa das tembakan meriam ke arah kawasan perumahan penduduk di Hayyu As-Shujaieyah sebelah timur bandar Gaza, lantas mengakibatkan tujuh penduduk cedera. Kesemua mangsa telah pun dibawa ke Akademi Perubatan As-Shifa, menurut Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas.

Seorang dari penduduk yang berusia
menjadi mangsa serangan zionis.
Ketika serangan, pesawat-pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang yang dipersiapkan peluru-peluru misil dilihat kerap meninjau di ruang udara.

Sebelum kejadian itu, deretan jentera perang zionis yang dibarisi lapan buah jentolak dan beberapa buah kereta kebal dilihat keluar dari pos kawalan tentera zionis 'Sufa' telah menceroboh puluhan meter ke dalam tanah Semenanjung Gaza di sebelah timur Hayyu Al-Fukhara menuju ke daerah Khuza'ah.

Jelas lagi, pencerobohan ini diawasi pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang yang berterbangan rendah.

Tentera zionis kepung 20 orang petani

Berhubung kejadian di Bayt Lahiya, utara Semenanjung Gaza, jentera perang zionis telah melakukan pencerobohan secara terbatas, di samping melepaskan tembakan ke arah para petani.

Tambahan lagi, selama beberapa jam, tentera zionis mengepung 20 orang petani. Bagaimanapun, para petani dapat beredar dengan selamat dari kawasan berkenaan setelahmana jentera perang zionis berundur dari kawasan yang diceroboh.

Adham Salmiah selaku jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Semenanjung Gaza menyatakan bahawa kejadian ceroboh di Bayt Lahiya tidak mengakibatkan sebarang kecederaan di kalangan petani. Sumber 17/05/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan