03 Jun 2012

7 cedera dalam 5 serangan udara zionis di Semenanjung Gaza

Laporan jam 01:30 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:30 pagi, waktu Mesir

empat kanak-kanak cedera

GAZA - Pesawat-pesawat tempur rejim zionis(penjajah/Israel) dari Angkatan Udara Tentera Israel(Israeli Air Force: IAF) telah melancarkan lima serangan udara ke atas beberapa sasaran yang berlainan tempat di Semenanjung Gaza. Serangan pada awal pagi Ahad, 03/06/2012 telah mengakibatkan beberapa orang awam cedera.

Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Semenanjung Gaza mengumumkan bahawa tujuh orang awam telah mengalami kecederaan ekoran satu peluru misil jatuh ke atas penjuru sebuah rumah milik keluarga 'Alfiqqi' di Mukhayyam An-Nusairat(kem pelarian Nusairat), Gaza Tengah. Empat orang dari mangsa yang cedera terdiri dari kanak-kanak. Kesemua mangsa serangan telah pun di bawa ke hospital Syuhada' Al-Aqsa di Deir Al-Balah untuk rawatan lanjut.
Catatan masa agensi berita SAFA berhubung serangan udara zionis
Serangan pertama yang dilancarkan oleh pesawat zionis, lapor pemberita agensi SAFA, zionis melepas satu peluru misil ke atas ladang penternakan ayam di kawasan Ummu Al-Nasr yang terletak di sebelah barat daerah Bayt Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Dalam serangan kedua, pesawat zionis melepaskan dua tembakan peluru misil ke atas sebuah gudang simpanan kayu di kawasan El-Mashail(المشاعل), selatan bandar Deir Al-Balah. Manakala serangan ketiga, pesawat zionis mengebom sebuah kawasan tanah lapang di kawasan Tallah Al-Kurd(تلة الكرد) di sebelah tenggara bandar Deir Al-Balah.

Kemudian, pesawat tempur zionis melancarkan lagi serangan keempat dengan menghalakan dua peluru misil ke atas sebuah kawasan lapang berhampiran balai polis, pertengahan kawasan Al-Muaskar. Bagaimanapun, salah satu dari peluru misil yang dilepaskan tidak meletup.

Serangan kelima, pesawat tempur zionis menyasarkan serangan di kawasan sekitar rumah keluarga Palestin 'Alfiqqfi' di Mukhayyam Al-Nusairat lalu mengakibatkan tujuh orang awam dalam rumah berkenaan cedera.

Jelas penyampai berita SAFA bahawa pesawat tempur zionis turut melepaskan lebih sepuluh *serangan gempa(bayangan) sewaktu mengebom lokasi-lokasi sasaran. Demikian itu, letupan-letupan kuat yang kedengaran dari semasa ke semasa sewaktu serangan-serangan ini berlaku telah mencetuskan rasa takut dan panik di kalangan orang awam.
__________________________________________________
*Serangan gempa: Menurut sumber tempatan Palestin, serangan ini adalah bentuk tembakan di udara yang dilepaskan oleh pesawat tempur zionis tanpa menjejaskan nyawa mahupun kerosakan harta benda. Demikian itu, serangan tersebut adalah berupa amaran.
__________________________________________________
Pautan berita(laporan dari YNET):

Berhubung serangan, web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi english melaporkan bahawa IAF telah melancarkan lima serangan ke atas lokasi yang disifatkan 'jaringan pengganas'. Tiga dari serangan terbabit dilaporkan menyasarkan lokasi gerakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI dan dua serangan pula menyasarkan terowong bawah tanah.

Skuad Tentera Israel berhampiran lokasi kejadian
Jelas YNET, serangan ini rentetan dari kejadian berbalas tembakan yang berlaku pada hari Jumaat, 01/06/2012 antara Skuad Tentera Golani dengan dua pejuang Palestin yang melepasi masuk pagar pemisah keselamatan berdekatan kawasan Kissufim berhampiran timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Petikan dari web berita YNET pada 01/06/2012
Kejadian tersebut mengakibatkan kematian seorang tentera zionis dari Skuad Golani, Netanel Moshiashvili, 21(gambar), berasal dari Ashkelon.

Menurut agensi berita SAFA, pejuang Palestin yang syahid dalam kejadian dikenali Ahmad Abu Al-Nasr, 20 berasal dari Abbasan Al-Kabir berdekatan dengan garisan sempadan di selatan Semenanjung Gaza dengan tanah jajahan 1948. Operasi yang dilakukan oleh Ahmad mendapat pujian tinggi dari sayap-sayap tentera Palestin di Gaza.

Pada petang Jumaat, menurut Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Semenanjung Gaza berkata, Israel telah menyerahkan jenazah as-syahid kepada pihak Palestin melalui sempadan Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza. Sumber 03/06/2012, web berita Safa.ps, web berita Paltimes.net, web berita YNET dan 01/06/2012, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan