17 Jun 2012

ALWIYAH mengebom infantri zionis di Gaza Tengah


Laporan jam 07:51 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 06:51 malam, waktu Mesir

GAZA TENGAH - Sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH, iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah mengumumkan hari ini bahawa pejuangnya telah mengebom skuad infantri zionis(tentera pejalan kaki) dengan tiga peluru mortar jenis 'hawn' di sebelah timur Mukhayyam El-Maghazi, Gaza Tengah(Pertengahan Semenanjung Gaza).

Kenyataan media ALWIYAH yang disiarkan oleh agensi berita SAFA menyebut, salah satu dari unit pengebom ALWIYAH telah berjaya melepaskan tiga peluru mortar jenis 'hawn' ke arah skuad infantri zionis yang menceroboh timur El-Maghazi pada jam 04:10 petang, waktu BaitulMaqdis pada petang tadi. ALWIYAH menyerang skuad infantri terbabit sewaktu menjalankan operasi ketenteraan berhampiran pagar pemisah keselamatan yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza di sebelah timur.

ALWIYAH menyatakan, pejuang-pejuangnya berjaya menjalankan misi mereka dan selamat pulang ke markaz tentera.

Jelas ALWIYAH lagi, operasi serangan ini adalah bagi menghadang pencerobohan zionis yang tidak putus-putus terhadap hak kami Palestin di Semenanjung Gaza. 

Dalam kenyataan itu, ALWIYAH tetap berpegang dengan jalan jihad sebagai satu-satunya jalan membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin yang telah dirampas. Sumber 17/06/2012, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan