14 Jun 2012

Dua cedera, roboh sebuah rumah di selatan Semenanjung Gaza


Laporan jam 05:41 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 04:41 petang, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Dua orang penduduk Palestin mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan dan luka ringan ekoran dari tembakan meriam zionis yang menyasarkan sekumpulan penduduk pada petang Khamis di sebelah tenggara bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut agensi berita SAFA, pertempuran sengit turut tercetus antara pejuang Palestin dengan tentera rejim zionis yang menceroboh ke kawasan berkenaan. Jelas lagi, serangan dari pejuang Palestin menyasarkan pasukan perubatan zionis.

Selain itu, jentolak yang diiringi beberapa kereta kebal dan jentera perang yang lain telah merobohkan sebuah rumah pada waktu Asar petang tadi. Rumah berkenaan milik seorang penduduk, Hassan An-Najjar di daerah Khuza'ah, timur bandar Khan Younis.

Kaitan berita:

Pemberita SAFA melaporkan, rumah yang diroboh masih dalam pembinaan yang mana ia telah dirobohkan oleh tentera rejim zionis semasa perang Gaza menjelang awal tahun 2009. Sumber 14/06/2012, web berita Safa.ps 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan