Laporan jam 06:28 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:28 pagi, waktu Mesir
GAZA - Angkatan Tentera Udara Israel(IAF)mengebom lagi Semenanjung Gaza awal pagi Rabu, 06/06/2012 dan sebelum itu telah pun mengebom satu sasarannya di Rafah menjelang pertengahan malam Selasa, 05/06/2012. Dua serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur F-16 mengakibatkan dua orang penduduk Palestin cedera. Seiring F-16 menyerang, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang(UAV) kerap melakukan tinjauan di ruang udara Semenanjung Gaza.
________________________________
Kaitan berita:
3. [Gambar] Kesan serangan udara zionis
_________________________________
![]() |
| Foto SAFA: Kesan pengeboman di kawasan As-Sudaniah |
Menukil dari web berita Palestin, serangan udara yang dilancarkan awal pagi Rabu menyasarkan sekumpulan pejuang Palestin yang berada di sebelah timur pejabat tentera laut Palestin di kawasan As-Sudaniah, barat laut bandar Gaza.
Berhubung mangsa yang cedera, kata Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Semenanjung Gaza, seorang penduduk yang cedera parah telah dibawa ke hospital As-Shifa' dan seorang lagi yang mengalami kecederaan pertengahan juga telah dibawa ke hospital Kamal Udwan.
Dalam serangan sebelum itu yang dilancarkan menjelang pertengahan malam Selasa, pesawat tempur zionis melepaskan satu tembakan peluru misil ke atas sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di sebelah utara bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Menurut penyampai berita SAFA yang menukil dari sumber keselamatan, serangan terbabit menyasarkan ladang penternakan ayam di kawasan 'مصبح' utara bandar Rafah. Demikian itu, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan.
Sejak dari hari Jumaat yang lalu, rejim zionis menggiatkan serangan-serangannya ke atas Semenanjung Gaza dari sebelah pihak meskipun sayap-sayap tentera Palestin masih berpegang dengan 'gencatan'(tenang) yang tidak diumumkan.
Sementara itu, berita AL-JAZEERAH melaporkan pada hari Selasa, 05/06/2012, tentera Israel mengadakan latihan perang di padang pasir An-Naqab, selatan tanah jajahan 1948. Misi latihan ini dikatakan bahawa Israel sedang mengharungi perang dari berbagai-bagai penjuru.
Dakwa serang tempat simpanan senjata
"Serangan-serangan ini adalah tindak balas kepada peningkatan serangan roket ke Israel(tanah jajahan)," demikian menurut kenyataan Pasukan Pertahanan Israel(IDF).
![]() |
| Tajuk laporan berita YNET mengenai serangan udara di Semenanjung Gaza |
Memetik dari laporan berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi english yang diterbitkan hari ini, Sumber Palestin(tanpa dinyatakan pihak tertentu) menyatakan gerakan HAMAS telah memmindahkan semua kemudahan tenteranya kerana bimbang serangan Israel meningkat. Sumber 06/06/2012, web berita Maannews.net, web berita Safa.ps, web berita Paltimes.net dan web berita Yedioth Ahronoth serta 05/06/2012, berita Al-Jazeerah


Tiada ulasan:
Catat Ulasan