24 Jun 2012

Haniyeh ucap tahniah kemenangan Morsy


Dr.Morsy
GAZA - Ketua Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh(Perdana Menteri Palestin) mengucapkan tahniah kepada Dr. Muhammad Morsy sebaik sahaja diumumkan memenangi pemilihan Presiden Republik Arab Mesir.

Jurucakap Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Taher Al-Nunu berkata kepada agensi berita SAFA, Haniyeh telah menghubungi Morsy dan mengucapkan tahniah dengan pemilihan sebagai Presiden Republik, iaitu Presiden pertama selepas revolusi 25 Januari.

"Kami semua harap kemenangan Morsy dapat menstabilkan keamanan kepada saudara kita, rakyat Mesir," kata beliau dalam perbualan sewaktu mengucapkan tahniah.
SPR mengumumkan keputusan

Dalam pengumuman keputusan pemilihan Presiden Mesir peringkat ulangan pada petang ini, Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%. 

Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari. 

Tambahan lagi, bilangan rakyat Mesir yang layak mengundi seramai 50,958,794 dan rakyat Mesir yang keluar mengundi pula seramai 26,420,763 orang. Berhubung undi yang betul seramai 25,577,511 dan undi rosak berjumlah 843,252. Sebagaimana yang diterangkan, peratusan keluar mengundi dapat dinisbahkan kepada 51.88%.

Sementara itu, web berita Israel 'YEDITOH AHRONOTH'(YNET) dalam laporan ringkasnya menyebut, pada waktu ini, Israel membuat keputusan tidak memberi jawab balas rasmi berhubung kemenangan Morsy. Sumber 24/06/2012, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan