Laporan jam 12:49 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 11:49 pagi, waktu Mesir
BAITULMAQDIS - Serangan roket yang menghentam sebuah sasaran di Majlis Penempatan Eshkol di sebelah barat Al-Naqab telah mengakibatkan kebakaran dan tiga orang wanita Israel dilanda histeria, demikian laporan dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew.
![]() |
| Kesan serangan roket pejuang Palestin |
Sumber berkenaan menyebut beberapa serangan roket turut memusnahkan kenderaan polis yang berada di lokasi terbabit, berikutan itu, siren kecemasan tidak berfungsi sebelum roket-roket meluru ke kawasan berkenaan.
Pejuang terus menyerang
Sayap-sayap tentera Palestin terus melancarkan serangan bagi membalas tindakan rejim zionis yang menyerang Semenanjung Gaza sejak dua hari yang lalu.
Berhubung peningkatan 8 orang penduduk Palestin yang syahid,
AL-QASSAM terus melancarkan serangan roket ke lokasi Israel.
Sedemikian itu, agensi berita SAFA mencatatkan serangan-serangan yang dilancarkan oleh sayap tentera Palestin sejak awal pagi Rabu, 20/06/2012.
> Serangan-serangan dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) ke lokasi Israel:
- Pada jam 04:45 pagi, waktu Mesir, pejuang AL-QASSAM mengebom sebuah lokasi Israel 'Isnad Sufa' dan Karem Abu Salem yang terletak di sebelah timur bandar Rafah dengan 9 roket jenis 'QASSAM'.
- Sebelum itu, AL-QASSAM mengebom lokasi Israel 'Isnad Sufa' dengan 6 roket jenis 107 pada jam 03:05 pagi, waktu Mesir.
> ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) turut menyerang lokasi Israel:
- Melancarkan serangan roket jenis 'grad' ke bandar Beer Sheeba, selatan tanah jajahan 1948.
- Mengebom dua penempatan Israel, Netivot dan Yad Merdekhai serta melancarkan dua peluru mortar ke lokasi tentera Israel 'Zekem'.
> Serang balas ini turut disertai sayap tentera yang lain, KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH(sayap tentera kepada JABHAH DEMOKRATIAH LI TAHRIR FALESTIN).
- Melepaskan dua serangan roket ke sebelah barat Al-Naqab.
> Manakala, sebuah lagi sayap tentera Palestin, KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) juga menyerang lokasi Israel.
- Melancarkan satu serangan roket ke Ashkelon serta menyasarkan dua peluru mortar jenis 'hawn' ke lokasi tentera Israel 'Kissufim' yang terletak di sebelah tenggara Deir Al-Balah.
Kata KATAIB ABU ALI dalam kenyataan media yang disampaikan kepada agensi berita SAFA, salah satu dari unit pejuangnya terselamat dalam pengeboman meriam zionis di sebelah timur Deir Al-Balah.
Rejim zionis bincang serang balas di Gaza
Menukil dari web berita PALTIMES, media Israel, YNET menyatakan bahawa pejabat Menteri Pertahanan, Ehud Barak menyebut pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua tentera dan perisikan tentera bagi menilai mekanisme yang wajar bagi menyerang balas ke atas pelancar-pelancar serangan roket dari Semenanjung Gaza. Sumber 20/06/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Tiada ulasan:
Catat Ulasan