18 Jun 2012

[Kemaskini] Dua syahid dibom zionis

Laporan jam 09:46 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:46 pagi, waktu Mesir

BEIT HANOUN - Dua orang penduduk Palestin telah menemui syahid pagi Isnin, 18/06/2012 selepas menjadi sasaran pengeboman pesawat pengintip tanpa juruterbang yang menyasarkan sebuah motosikal berhampiran sekolah Al-Zira'ah di Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Berhubung penduduk yang syahid, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, dua orang pemuda yang syahid, Muhammad Shabbat, 24 dan Ismail Abu Audah, 24. Berikutan itu, kedua-dua mangsa yang syahid telah dibawa ke hospital Beit Hanoun.

Sayap tentera kepada JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS menyebut bahawa dua pemuda yang syahid adalah anggota tenteranya.

Kejadian ini berlaku selepas rejim zionis menceroboh ke dalam kawasan tanah pertanian Palestin di sebelah barat terminal Erez di Beit Hanoun.

Menurut pemberita PALTIMES, tiga buah jentolak yang diiringi dua buah kereta kebal telah menceroboh hampir 200 meter ke dalam kawasan sebelah barat terminal Beit Hanoun.

Jelas sumber, jentolak-jentolak zionis menjalankan operasi meratakan tanah dan mengukur keluasan tanah-tanah pertanian Palestin yang berada setentang dengan garisan sempadan.

Serangan semalam di Semenanjung Gaza:

Dalam kejadian lain, sejak beberapa jam awal pagi ini, tidak sebagaimana hari biasa, jip-jip tentera zionis dilihat mundar-mandir antara perlintasan Sufa ke terminal Karem Abu Salem yang terletak di sebelah timur Semenanjung Gaza.

Pada pagi tadi, tentera zionis mengumumkan bahawa seorang tenteranya maut dan tiga orang individu bersenjata terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan yang berlaku di garisan sempadan Mesir - Israel(selatan tanah jajahan 1948). Sumber 18/06/2012, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan