Laporan jam 06:41 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:41 petang, waktu Mesir
GAZA TENGAH - Selepas waktu Asar petang ini, pesawat tempur rejim zionis 'F-16' mengebom dua buah lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS).
![]() |
| Logo AL-QASSAM |
Menurut SAFA, serangan udara zionis ke atas lokasi latihan ketenteraan AL-QASSAM di sebelah barat Mukhayyam Al-Nusairat, Gaza Tengah tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
Sebentar selepas itu, pesawat tempur zionis mengebom pula sebuah lokasi Al-QASSAM yang dikenali dengan 'pejabat kemasyarakatan' di Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza. Berikutan serangan, empat penduduk Palestin cedera, dua darinya adalah kanak-kanak dan mangsa-mangsa telah pun dibawa ke hospital Kamal Udwan untuk rawatan lanjut. Memetik laporan PALTIMES, dua orang mangsa yang cedera disifatkan luka parah.
Berbagai-bagai model pesawat tempur zionis dilihat kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza.
Berhubung serangan di darat pada petang Rabu, kereta kebal zionis yang berkumpul di garisan sempadan sebelah timur melepaskan tiga das peluru meriam ke arah sebuah lapang berdekatan tanah perkuburan timur. Tiada sebarang laporan kecederaan dari serangan yang tertumpu di sebelah timur bandar Gaza. Sumber 20/06/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net
Kaitan berita hari ini:
[Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan