04 Jun 2012

Kemaskini: Seorang cedera, pesawat zionis menyerang bandar Gaza dan sebelah utara


Laporan jam 01:41 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:41 pagi, waktu Mesir

GAZA - Sekurang-kurangnya seorang penduduk Palestin mengalami kecederaan dalam serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur zionis awal pagi Isnin, 04/06/2012 di bandar Gaza.
Catatan masa yang direkodkan oleh agensi berita SAFA
Menurut penyampai berita SAFA, serangan zionis ini menyasarkan sebuah kilang susu milik keluarga Dalul(دلول) di Hayyu Al-Zaitun, bandar Gaza, lantas mengakibatkan kebakaran besar di lokasi berkenaan serta kilang tersebut yang telah dibom sebanyak lima kali sebelum ini telah terjejas teruk.

Di sebelah utara Semenanjung Gaza, pesawat tempur zionis mengebom sebuah tanah lapang berhampiran Jabal Al-Reis tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan.

Jelas SAFA, pada lewat tengah malam semalam, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza.

Beberapa jam sebelum berlaku serangan, agensi berita SAFA menukilkan dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew melaporkan bahawa satu peluru roket telah gugur di sekitar kawasan Majlis Penempatan Eshkol semalam. Penempatan ini terletak di selatan tanah jajahan 1948 dan kedudukannya menghadap sebelah timur Semenanjung Gaza.
__________________________________________________
Berita semalam:
[Gambar] Kesan serangan udara zionis

__________________________________________________

Laporan dalam web berita YNET menyebut serangan roket ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda, namun siren-siren kecemasan yang menandakan amaran berbunyi di kawasan berkenaan. Sumber 04/06/2012 dan 03/06/2012, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan