Jeneral Abdul Wahab Mabrouk, Gabenor Utara Sinai menafikan kawasan-kawasan di Syeikh Zuweid dan Rafah(sebelah Mesir) jatuh ke dalam genggaman kumpulan-kumpulan pelampau agama serta turut menafikan kumpulan bersenjata Palestin yang menganggotai gerakan HAMAS menyelinap masuk ke tanah Mesir, menurut apa yang dilaporkan oleh media massa. Beliau menyifatkan berita seumpama ini hanyalah 'bertujuan provokasi', sementara itu dalam masa yang sama gerakan HAMAS meminta agar tidak menjaja namanya ke dalam bahan-bahan kempen pilihanraya di Mesir.
![]() |
| Dua kotak merah menunjukkan dua buah bandar Rafah(sebelah Mesir) dan Syeikh Zuweid di utara Sinai. |
Berhubung dakwaan ini, beberapa buah akhbar berita tempatan dan elektronik menyebarkan laporan-laporan mengenai kumpulan bersenjata Palestin menyelinap masuk ke bandar Syeikh Zuweid dan Rafah. Tambahan pula, pihak keamanan Mesir tidak dapat menguasai kawasan berkenaan. Laporan-laporan tersebut menyatakan kumpulan bersenjata berpakaian mirip Pakistan dan bersedia menjadikan lokasi-lokasi pihak keamanan sebagai sasaran sekiranya calon Presiden, Ahmad Shafiq memenangi pilihanraya.
Kata Jeneral Mabrouk, beliau telah mengadakan tinjauan di buah bandar berkenaan pada sehari yang lepas, namun tidak ada petanda sebarang aktiviti dan pergerakan di luar undang-undang.
Beliau mengesahkan bahawa laporan-laporan tersebut bertujuan untuk mempengaruhi perjalanan pilihanraya Presiden peringkat ulangan di Mesir.
SINAITODAY dalam edisi terbitannya semalam, 12/06/2012 menyebut berdasarkan sumber keselamatan bahawa maklumat-maklumat yang berlegar-legar dari pihak keamanan di utara Sinai, kumpulan-kumpulan bersenjata pelampau Palestin telah menyelinap masuk ke Sinai melalui terowong bawah tanah. Sumber 13/06/2012, suratkhabar Shorouk [Mesir]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan