Laporan jam 09:39 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:39 pagi, waktu Kaherah
GAZA - Beberapa buah jentera perang rejim zionis (Israel/penjajah) telah menceroboh secara terbatas ke dalam kawasan tanah Semenanjung Gaza di Hayyu Al-Zaitun, sebelah timur bandar Gaza.
Menurut pemberita agensi SAFA, pencerobohan yang berlaku pada awal pagi Rabu, 18/07/2012 disertai tembakan ke arah rumah-rumah dan tanah pertanian penduduk Palestin.
Dijelaskan lagi, jentera perang yang terdiri daripada kereta kebal dan jentolak menjalankan operasi meratakan tanah dalam kawasan yang diceroboh malah turut mengadakan operasi mengesan di kawasan yang setentang dengan garisan sempadan.
Peluru asap
Dalam kejadian lain di Hayyu Al-Farahain di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, keret kebal zionis yang berada di lokasi tentera Kissufim melepaskan beberapa tembakan peluru asap ke arah tanah-tanah pertanian penduduk Palestin.
Berhubung dua kejadian yang berlaku pagi ini, sumber menyatakan, tidak menerima sebarang maklumat mengenai kecederaan. Sumber 18/07/2012, web berita Safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan