09 Julai 2012

Zionis: Peluru anti kereta kebal serang petani


Laporan jam 04:02 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:02 petang, waktu Kaherah(Mesir)

BAITULMAQDIS - Sebuah akhbar berita elektronik Israel 'JERUSALEM POST'(JPOST) versi hebrew dalam edisi hari ini menyebut Palestin telah menembak satu peluru berpandu anti kereta kebal (anti-tank guided missile/صاروخ موجه مضاد للدروع) ke arah sekumpulan petani Israel yang sedang menjalankan kerja berhampiran sempadan di sebelah selatan Semenanjung Gaza.
Sumber tidak menyebut jenis peluru berpandu tetapi kejadian yang lalu menyebut jenis Kornet buatan Rusia
JPOST menyatakan letupan dari peluru berkenaan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan di kalangan petani-petani Israel.

Berhubung kejadian yang sama, JPOST mengaitkan pada April 2011, sebuah bas Israel telah diserang dengan peluru anti kereta kebal yang sama, lantas mengakibatkan seorang warga Israel terbunuh dan beberapa lagi yang lain cedera parah.

Sementara itu, sebuah lagi web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) melaporkan bahawa satu serangan roket telah gugur di Majlis Penempatan Eshkol yang terletak di sebelah timur Semenanjung Gaza, zon selatan tanah jajahan 1948.

Palestin cedera

Mengenai situasi yang sama, penyampai berita SAFA Palestin melaporkan bahawa tentera rejim zionis telah melepaskan bertubi-tubi tembakan ke arah garisan timur di daerah Qararah yang berada di sebelah timur timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Tembakan ini mengakibatkan seorang pemuda Palestin berusia 32 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki. Mangsa telah pun dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Sumber 09/07/2012, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan