17 Ogos 2012

Delegasi Malaysia tiba di Gaza petang Khamis

Laporan jam, 3.01 petang, waktu BaitulMaqdis
jam 2.01 petang waktu Kaherah(Mesir)

Gaza- Delegasi dari gabungan beberapa buah pertubuhan dari Malaysia telah sampai ke Semenanjung Gaza pada petang Khamis (16/8/2012) bagi mengikuti perkembangan beberapa buah projek pembinaan masjid dan hospital pediatrik. Dijangkakan juga, delegasi ini akan membuat beberapa siri lawatan susulan bagi mengetahui keadaan hidup rakyat Palestin dan menghulurkan sedikit bantuan kewangan.


Beberapa pertemuan akan diaturkan di antara pihak delegasi dengan beberapa tokoh masyarakat dan beberapa institusi kemasyarakatan bertujuan untuk membina projek-projek pembangunan bagi meneruskan pembiayaan pada peringkat yang akan datang.


Delegasi dari Malaysia yang terdiri daripada 19 orang ahli yang diketuai oleh Saudara Mustafa Mansur, yang juga merupakan salah seorang anggota misi Mavi Marmara, Turki yang telah diserang oleh pihak berkuasa Israel sebelum ini.


Gabungan institusi Malaysia ini dikenali sebagai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di mana sebanyak 27 pertubuhan menjadi anggotanya. MAPIM turut menjalankan beberapa projek untuk membina masjid dan memberi jaminan untuk anak-anak yatim.  sumber 16/8/2012 , web berita Safa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan