08 Ogos 2012

Haniyeh nyatakan setuju kepada Qandil kawal sempadan

Arkib foto: Dr. Hesham Qandil, 50 
KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Dr. Hesham Qandil mengesahkan bahawa waktu ini amat terdesak dan mesti menanti untuk mengetahui hasil siasatan serangan Rafah dan apa yang ditafsirkan supaya Mesir dapat memutuskan tindakan yang sewajarnya. Tegas beliau, apa yang penting sekarang adalah mengekang pergerakan di sempadan dan bertindak memusnahkan sarang-sarang persembunyian kumpulan-kumpulan bersenjata.

Kata Dr. Hesham dalam sidang media sebaik sahaja selesai perjumpaan dengan menteri-menteri kabinet, Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin telah menghubunginya sebelum waktu berbuka puasa petang Selasa dan menyatakan bersetuju dengan keputusan Mesir untuk mengawal garisan-garisan sempadan. Jelas Haniyeh, darah Mesir haram disentuh (serangan tersebut) dan bukan dengan cara membebaskan Palestin membunuh orang-orang Mesir.
Sinai berdepan dengan ancaman keamanan dan krisis pembangunan
Dr. Hesham menjelaskan bahawa modus operandi khas berhubung agenda menubuhkan badan pembangunan Sinai akan dikeluarkan waktu terdekat agar dapat membantu menyelesaikan permasalahan Sinai dan jalan untuk menghadapinya.

Menukil laporan berita dari web agensi SAFA, Ismail Haniyeh juga menghubungi Presiden Mesir semalam dengan mengucapkan takziah ekoran tentera-tentera Mesir yang syahid dalam serangan kumpulan tidak dikenali pada waktu berbuka puasa, 05/08/2012 di Rafah Mesir, utara Sinai.

Baca lagi:

Arkib foto: Ismail Haniyeh
Dalam perbualan telefon, PM Palestin menegaskan bahawa hubungan kerjasama dua pihak tetap berterusan bagi memintas usaha pihak tertentu yang cuba menimbulkan ketegangan antara Gaza dengan Mesir.

Beliau bertegas lagi, Gaza sama sekali tidak terlibat dalam jenayah kejam dan beliau mencadangkan agar jawatankuasa keamanan bersekutu dibentuk agar hubungan kerjasama dapat dikekalkan sepanjang masa. Sumber 08/08/2012, web berita Paltimes dan 07/08/2012, web berita Safa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan