03 September 2012

Serang pengkalan 'AL-QASSAM' di Gaza Tengah


Laporan jam 01:08 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:08 pagi, waktu Kaherah(Mesir)

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis (Israel/penjajah) telah menyerang sebuah pengkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) di Gaza Tengah awal pagi ini, Isnin, 02/09/2012, demikian laporan dari web berita PALTIMES dan SAFA.

Penyampai berita dari kedua-dua agensi ini melaporkan bahawa pesawat tempur zionis jenis F-16 melancarkan dua serangan peluru misil ke atas pengkalan tersebut yang terletak berdekatan stesen janakuasa elektrik di Gaza Tengah, lantas mengakibatkan letupan yang kuat sehingga menimbulkan panik di kalangan rakyat awam. 

Serangan ini tidak menyebabkan sebarang kecederaan. Namun, sebelum ini, pengkalan terbabit telah beberapa kali dibom pesawat zionis.

Sejak awal jam pertama pagi Isnin, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, penyampai berita SAFA berkata, pergerakan tidak sebagaimana biasa, jentera-jentera perang zionis termasuk jentolak dilihat berada berhampiran jalan masuk Abu ridah sebelah timur Khuza'ah di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Jip-jip tentera zionis turut tiba di lokasi berkenaan dan kelihatan infantri (tentera pejalan kaki) melakukan operasi intipan dan mengesan sebarang pergerakan di kawasan ini.

Roket gugur di Eshkol

Menukil dari web berita YEDIOTH AHRONOTH (YNET) Israel versi hebrew melaporkan, satu serangan roket telah gugur di Majlis Penempatan Eshkol (penempatan haram), selatan tanah jajahan 1948 yang menghala dari arah timur Semenanjung Gaza pada malam tadi, 02/09/2012.

Sumber dari YNET menjelaskan, serangan roket tidak mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda, pada waktu yang sama hanya siren kecemasan (peringatan) berbunyi di penempatan tersebut. Sumber 03/09/2012, web berita Safa dan Paltimes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan