06 Oktober 2012

Anggota keselamatan bertebaran di Semenanjung Gaza


Laporan jam 09:15 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:15 pagi, waktu Kaherah (Mesir)

SEMENANJUNG GAZA - Sebagaimana yang dilaporkan agensi berita SAFA hari ini, anggota keselamatan bawah Kementerian Dalam Negeri dan keamanan negara bertebaran di jalan-jalan dan persimpangan utama di Semenanjung Gaza dari utara hingga ke selatan.
Anggota-anggota badan keselamatan di Semenanjung Gaza
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri di Gaza, Islam Syahwan dalam kenyataan khas berkata, kerahan ini adalah latihan mengikut modus dari kementerian yang membawa misi 'kawal dan kuasai'. Berikutan itu, kementerian berusaha untuk mencapai beberapa matlamat dari latihan ini.

Dari matlamat ini, kata Islam, mengembangkan latihan fizikal dan tugas anggota keselamatan serta mengukur sejauhmana kemampuan anggota keselamatan mengawal keadaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Selain itu, jelas Islam, latihan ini juga untuk menilai tahap komunikasi dan perhubungan antara semua unit-unit khas dalam kementerian dan latihan bagi persediaan mengendalikan apa jua krisis. Tambahan pula, kemampuan kerjasama penyelarasan sesama kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin jika berlaku sebarang situasi cemas. 

Berhubung sebab tidak diumumkan latihan ini pada awal, Kementerian Dalam Negeri berusaha untuk mengekang tahap kerahsiaan sehingga strategi ini tidak dimanipulasi oleh media massa dan menilai kemampuan anggota-anggota keselamatan bergerak di lapangan tanpa dipengaruhi faktor luaran seperti media massa dan seumpamanya.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri menyatakan, kesemua anggota-anggota keselamatan terlibat dalam latihan taktikal ini. Demikian itu, modus berjalan dengan paduan berpusat. Sumber 06/10/2012, web berita Safa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan