14 Oktober 2012

Lagi seorang syahid, kritikal dibom zionis

SEMENANJUNG GAZA, 14 Oktober - Pesawat tempur (sumber lain menyebut pesawat pengintip tanpa juruterbang) milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) telah menyerang sebuah motosikal pada awal pagi ini di kawasan Al-Fukhara, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, lantas mengakibatkan seorang pejuang syahid dan seorang lagi kritikal. Demikian itu, selepas beberapa jam serangan yang sama menyebabkan dua orang syahid di timur Jabaliya.

Pautan berita:

as-syahid Yaseer Al-Attal
Kata sumber perubatan, mangsa serangan yang syahid di Khan Younis ialah Yaseer Muhammad Ibrahim Al-Attal, 23, sementara seorang lagi yang dikenali 'ن س' mengalami kecederaan yang kritikal.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa yang menjadi sasaran pesawat zionis kira-kira dua jam yang lalu [jam 05:40 pagi] adalah aktivis الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين - القيادة العامة. 

Menukil pengakuan dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET), jurucakap tentera rejim zionis (IDF) menyebut pada pagi Ahad, pesawat tempur telah mengganyang individu yang dikatakan jaringan pengganas yang melancarkan serangan roket ke tanah jajahan. 

Jelas lagi kenyataan dari tentera zionis, 'serangan terbabit tepat mengenai sasaran, sememangnya tentera Israel tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang kegiatan yang mengancam warga Israel atau keamanan Israel, HAMAS mesti dipertanggungjawabkan akibat kegiatan serangan roket'. Sumber 14/10/2012, web berita Safa, halaman facebook Gaza Sekarang dan web berita Ynet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan