07 November 2012

Keamanan Syria tutup pejabat HAMAS

Logo HAMAS

Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS/Islamic Resistance Movement) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung apa yang berlaku dari operasi geledah dan penutupan pejabat-pejabatnya di Damshik, Syria.

Kata wakil HAMAS dalam salinan kenyataan media yang turut diterima agensi berita PALTIMES hari ini, 'badan keamanan Syria (rejim Asad) telah memecah masuk ke dalam pejabat dan rumah Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal pada hari Isnin, 05/11/2012 di pertengahan ibukota Damshik, lalu merampas kesemua kandungan dalam rumah, rumah dan pejabat beliau juga telah ditutup dan dikunci, kemudian turut dirampas beberapa buah kereta'.

Tambahan lagi, pada hari Selasa, 06/11/2012, badan keamanan Syria memecah masuk pula ke dalam  pejabat seorang dari anggota Biro Politik HAMAS, Imad Al-Ilmy. 

Khaled Meshaal
Pejabat berkenaan telah ditutup dan dikunci serta hak milik pejabat dan beberapa buah kereta dirampas.

Operasi yang dilakukan oleh rejim Asad terhadap gerakan HAMAS ekoran dari pendirian HAMAS yang menyokong rakyat Syria bagi mendapatkan kebebasan, perubahan, keadilan, dan demokrasi. Jelas lagi, HAMAS mendesak pemerintah Syria yang diketuai Bashar Al-Asad agar hentikan limpahan darah orang-orang awam di Syria. Sumber 07/11/2012, web berita Paltimes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan