24 April 2012

Penjajah tangkap seorang tahanan yang terbebas dari rundingan tukar tahanan-tawanan


Laporan jam 12:39 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 11:39 pagi, waktu Mesir

BET LEHEM - Penjajah telah menangkap semula tujuh orang penduduk Palestin yang dibebaskan sebelum ini melalui rundingan tukar tahanan-tawanan(صفقة تبادل الأسرى). Sebilangan dari mereka dikenakan hukuman seperti sebelum ini, demikian desakan dari ahli parlimen penjajah.

Menurut laporan agensi berita SAFA yang dipaparkan hari Selasa(24/04/2012), seorang tahanan Palestin yang juga dibebaskan melalui rundingan tukar tahanan-tawanan telah ditangkap semula awal pagi tadi selepas rumahnya yang terletak di kampung Batir sebelah barat Bet Lehem, Tebing Barat diserbu oleh tentera penjajah. Kemudian, mangsa dibawa ke arah yang tidak diketahui.

Mangsa dikenali Abu Funun dibebaskan melalui rundingan tukar tahanan-tawanan yang disebut وفاء الأحرار atau 'tebus bebas' fasa pertama setelah meringkuk selama sembilan tahun dalam penjara-penjara penjajah. Tempoh tersebut dari hukuman asal yang dikenakan ke atas mangsa selama satu tempoh yang panjang 'المؤبد' dan 29 tahun dalam penjara. Jelas sumber Palestin, satu muabbad(المؤبد) menyamai 25 tahun. Sumber 24/04/2012, web berita Safa.ps

Culik dua nelayan di laut Gaza

Nelayan Palestin menjalankan rutin harian memburu ikan di laut Gaza. Kelihatan latarbelakang mereka sebuah kilang Israel yang hampir berdekatan dengan kawasan di sebelah utara Semenanjung Gaza.

Laporan jam 11:47 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 10:47 pagi, waktu Mesir

GAZA - Dua nelayan Palestin telah diculik tentera laut zionis(Israeli Navy) menjelang waktu tengahari Selasa(24/04/2012). Nelayan terbabit, Nader dan Hasan Abu Sam'an merupakan dua adik-beradik telah dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Ketua Kesatuan Nelayan di Gaza, Nazar Abu Ayyash berkata kepada agensi berita SAFA, "bot-bot laju tentera laut zionis telah mengepung perahu nelayan, kemudian, kedua-duanya dibawa ke pelabuhan Ashdod."

Tentera zionis senantiasa menjadikan para nelayan sebagai sasaran dan mengenakan kawalan ketat ke atas aktiviti harian di laut Gaza. Sedemikian itu, nelayan Palestin di Gaza seringkali di halang menjalankan rutin harian memburu ikan sejak dari tahun 2000. Sumber 24/04/2012, web berita Safa.ps

Klip rakaman Oktober 2008 memaparkan tentang gangguan tentera 
laut zionis ke atas nelayan Gaza.