Turki telah menyatakan bahawa pihaknya membantah penyertaan rejim zionis dalam persidangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO) yang dijadualkan berlangsung pada bulan akan datang. Demikian itu, rejim zionis masih tidak memohon maaf berhubung serangan komando laut zionis ke atas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada Mei 2010(31 Mei 2010), malahan turut mengakibatkan sembilan warga Turki terbunuh.
Menjawab soalan mengenai Ankara tidak membenarkan zionis menyertai persidangan pakatan NATO di Chicago pada 20 dan 21 Mei akan datang 'tanpa diselesaikan isu Marmara', kata wakil Turki, maka dengan ini, kami menganggap Israel tidak sesuai turut serta, tambahan pula, Turki masih mendesak Israel memohon maaf secara rasmi dan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa yang terbunuh di atas kapal Mavi Marmara.
 |
| Foto AFP, catatan masa kejadian serangan |
Menurut media massa Turki, sebahagian dari negara anggota NATO berusaha menarik rejim zionis ke dalam persidangan agar dapat bergabung dalam agenda kerjasama dengan NATO bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dengan negara bukan anggota.
Tambahan lagi, menteri-menteri dari sebahagian negara anggota, antaranya Amerika Syarikat, Perancis dan Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen telah mengkritik Turki kerana mencampurkan masalah hubungan dua hala dengan Israel sehinggakan memberi kesan kepada pakatan NATO.
Akhbar Turki menukil dari kata-kata Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu kepada rakan-rakan NATO, "kamu semua berbicara selaku ahli pakatan dan nilai yang ada dalam pakatan NATO, tetapi perlu terlebih dahulu menjaga sikap sesama ahli pakatan sehinggalah kita dapat mengambil sikap yang sama dengan mereka."
 |
Cevdet Kılıçlar, salah seorang relawan Turki yang terbunuh semasa serangan komando laut zionis |
Hubungan antara Turki dan Israel telah retak teruk selepas kejadian serangan dari unit komando laut Israel 'Shayetet 13' ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa muatan barang-barang bantuan pada Mei 2010 dan mengakibatkan sembilan relawan Turki dibunuh. Jelasnya, serangan ini adalah bentuk perlaksanaan sekatan laut yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.
Pada September tahun lepas, Turki telah mengusir duta Israel dan membekukan hubungan kerjasama ketenteraan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) mengeluarkan laporan berhubung serangan ke atas Marmara dan Israel tidak tampil memohon maaf. Sumber 25/04/2012, suratkhabar Hurriyah Wal-Adalah(حرية والعدالة), sayap politik kepada Jamaah Ikhwan Muslimin [Mesir]