Laporan jam 01:46 pagi, waktu Mekah
Jam 12:46 pagi, waktu Mesir
Speaker Majlis Legislatif Palestin(Palestinian Legislative Council), Dr. Aziz Duwaik telah menolak satu tawaran Israel(penjajah/rejim zionis) yang mensyaratkan pembebasan dari penjara dengan dibuang keluar selama dua tahun.
Pengerusi Pusat Penyelidikan Tahanan 'AHRAR' dan hak asasi manusia di Ramallah, Fuad Al-Khafash telah berkata, tawaran yang dikemukakan oleh perisikan Israel kepada seorang tahanan(banduan), iaitu Dr. Aziz Duwaik yang dikenakan tahanan tanpa bicara telah dibuat melalui peguamnya petang semalam. Bagaimanapun, Duwaik telah menolak keras tawaran tersebut. Kata beliau, "sama ada bebas ke Tebing Barat atau kekal dalam kurungan."
Al-Khafash menyifatkan apa yang dikemukan oleh Israel kepada ketua utama perundangan Palestin yang ditahan dalam penjara Ofer, 'adalah tawar menawar yang murah dari pihak penjajah, dan rampasan hak ternyata tidak boleh diterima dari sudut moral, undang-undang mahupun di peringkat antarabangsa', sambil menunjukkan sejak akhir-akhir ini, tawaran yang sama telah dikemukakan kepada beberapa orang individu kepimpinan dan ahli politik yang berada dalam penjara-penjara Israel.
Dr. Aziz Duwaik ditangkap pihak berkuasa penjajah pada 24 Januari yang lalu di sekatan tentera Jaba' menghala sebelah tenggara bandar Al-Quds ketikamana dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Khalil, Tebing Barat. Selepas ditangkap, beliau dipindahkan ke tahanan tanpa bicara selama enam bulan tanpa sebarang tuduhan(dakwaan).
Al-Khafash menjelaskan kepada AL-JAZEERAH bahawa seramai 27 ahli parlimen Palestin berada dalam tahanan penjara-penjara Israel, di antaranya, setiausaha sulit Majlis Legislatif Palestin, Mahmoud Ar-Ramhi dan tiga orang bekas menteri.
Berhubung isu yang berkaitan, aktivis Palestin berkenaan menyatakan baru-baru ini, pihak berkuasa penjajah telah melanjutkan tahanan tanpa bicara ke atas sekurang-kurangnya 20 orang tahanan Palestin.
 |
| Dr. Aziz Duwaik |
Beliau menyebutkan bahawa tawaran-tawaran pembebasan yang dikemukakan kepada para tahanan Palestin Tebing Barat sebagai usaha mengosongkan lanskap politik Palestin dari kesemua individu yang bergiat aktif, dan ahli politik dengan mengumpulkan mereka di Gaza atau di luar tanah Palestin. Maka, inilah yang dibantah para tahanan dan pemimpin-pemimpin gerakan tahanan Palestin yang berada dalam penjara-penjara Israel.
Al-Khafash meminta badan-badan antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia, dan pemerintah Palestin Ramallah agar perlunya bertindak segera bagi membebaskan kesemua ahli parlimen, tahanan Palestin yang ditangkap dalam isu tahanan tanpa bicara dan ketua perundangan Palestin, Dr. Aziz Duwaik.
Dari sudut lain, menukil dari web berita SAFA dalam laporannya menyebut, pejabat Aziz Duwaik, Majlis Legislatif Palestin menafikan bahawa penjajah telah mengemukakan tawaran pembebasan keluar dari tanah Palestin kepada Dr. Aziz Duwaik. Berikutan apa yang berlaku, peguam kepada Dr. Aziz Duwaik telah mengemukakan desakan kepada pendakwa tentera Israel bagi membebaskan Dr. Aziz Duwaik dan peguamnya masih menanti jawab balas. Sumber 25/05/2012, berita Al-Jazeerah dan 24/05/2012, web berita Safa.ps