14 Jun 2012

Dua cedera, roboh sebuah rumah di selatan Semenanjung Gaza


Laporan jam 05:41 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 04:41 petang, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Dua orang penduduk Palestin mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan dan luka ringan ekoran dari tembakan meriam zionis yang menyasarkan sekumpulan penduduk pada petang Khamis di sebelah tenggara bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut agensi berita SAFA, pertempuran sengit turut tercetus antara pejuang Palestin dengan tentera rejim zionis yang menceroboh ke kawasan berkenaan. Jelas lagi, serangan dari pejuang Palestin menyasarkan pasukan perubatan zionis.

Selain itu, jentolak yang diiringi beberapa kereta kebal dan jentera perang yang lain telah merobohkan sebuah rumah pada waktu Asar petang tadi. Rumah berkenaan milik seorang penduduk, Hassan An-Najjar di daerah Khuza'ah, timur bandar Khan Younis.

Kaitan berita:

Pemberita SAFA melaporkan, rumah yang diroboh masih dalam pembinaan yang mana ia telah dirobohkan oleh tentera rejim zionis semasa perang Gaza menjelang awal tahun 2009. Sumber 14/06/2012, web berita Safa.ps 

[Kemaskini] Zionis ceroboh, hala bertubi-tubi tembakan di timur Khan Younis

KHAN YOUNIS - Jentera perang rejim zionis(Israel/penjajah) telah menceroboh ke dalam kawasan daerah Khuza'ah di sebelah timur Khan Younis pada tengahari tadi. Pencerobohan yang menyasarkan kawasan di selatan Semenanjung Gaza turut disertai dengan tembakan.


Berhubung kejadian, penyampai berita SAFA menjelaskan bahawa jentera perang zionis yang menceroboh dan jentera perang yang berkumpul dalam garisan sempadan pemisah antara Semenanjung Gaza dengan tanah jajahan 1948 melepaskan bertubi-tubi tembakan di kawasan berkenaan. 

Kata SAFA, sebanyak 10 buah jentera perang zionis menceroboh sejauh 500 meter(0.5 kilometer) ke dalam tanah Semenanjung Gaza dari sebelah timur di daerah Khuza'ah. Demikian itu, zionis menjalankan operasi meratakan tanah dan tembakan-tembakan yang dilepaskan oleh jentera perang menyebabkan beberapa bidang sawah terbakar.

Tembakan zionis tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, sementara api yang marak di sebahagian bidang tanah sawah kelihatan terpadam dengan sendiri.

Tambahan lagi, penyampai berita SAFA melaporkan jip dan jentera perang zionis dilihat bergerak tidak sebagaimana biasa dan berkumpul di kawasan yang berada setentang dengan daerah Khuza'ah.

Sebentar selepas kejadian, tiba pula dua buah helikopter tentera zionis di ruang udara daerah Khuza'ah, lalu melepaskan bertubi-tubi tembakan mesingan.

Saksi kejadian berkata, jentera perang zionis termasuk jentolak telah menjadi sasaran peluru mortar jenis 'hawn' dan roket anti-perisai 'RPG' yang dilepaskan oleh pejuang Palestin, namun natijah dari serangan tidak diketahui.

Dari sudut lain, menara-menara kawalan tentera zionis menghala tembakan mesingan ke arah daerah Qararah yang berada di sebelah tenggara Khan Younis sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan orang awam dan petani-petani. Bagaimanapun, kejadian ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan. Sumber 14/06/2012, web berita Safa.ps