17 Jun 2012

5 cedera, dua serangan udara di Semenanjung Gaza

Laporan jam 11:34 malam, waktu Kaherah(Mesir)

SEMENANJUNG GAZA - Lima orang awam Palestin mengalami kecederaan, antara ringan dan sederhana selepas pesawat tempur rejim zionis melancarkan dua serangan udara menjelang lewat tengah malam Ahad, 17/06/2012 yang menyasarkan dua tempat di Semenanjung Gaza.

Catatan masa yang disediakan oleh SAFA:

(10:07 malam, waktu Kaherah) 
- kedengaran letupan kuat di Gaza.
(10:07 malam, waktu Kaherah) 
- pesawat tempur zionis mengebom sebuah lokasi tentera 'BADAR' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM dari arah barat daya bandar Gaza.
(10:34 malam, waktu Kaherah) 
- kelihatan pesawat-pesawat tempur zionis berkeliaran di ruang udara sebelah barat Khan Younis.
(10:37 malam, waktu Kaherah) 
- pesawat tempur zionis mengebom sebuah sasaran di sebelah barat Rafah.

Berhubung kecederaan, agensi berita SAFA dan PALTIMES melaporkan, pesawat tempur zionis mengebom sebuah kilang besi milik keluarga Abdul 'Al yang terletak berhampiran Masjid Hamzah Bin Abdul Mutalib di sebelah utara bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Serangan ini mengakibatkan lima orang awam Palestin cedera.

Jelas Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, seramai lima awam Palestin cedera dan di antara mangsa, seorang wanita dan anaknya.

Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital Abu Yusuh An-Najjar untuk rawatan lanjut.

Serangan yang membabitkan kecederaan setelah jarak masa yang tidak berbeza jauh dari serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur zionis ke atas lokasi tentera 'BADAR' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS di Hayyu Al-Zaitun, dari arah barat daya bandar Gaza.

Mengenai serangan, sumber keamanan mengesahkan bahawa ruang udara Semenanjung Gaza kerap dilintasi pesawat-pesawat tempur zionis yang berterbangan rendah.

Kaitan berita, 17/06/2012:
2. [Kemaskini] Pejuang hadang pencerobohan terbatas di Deir Al-Balah

Selain itu, kejadian lain yang berlaku hari ini di Semenanjung Gaza, sepasukan besar dari tentera zionis yang disokong jentera-jentera perang telah menceroboh ke Gaza Tengah pada pagi tadi. Tembakan bertubi-tubi yang dilepaskan rejim zionis ke arah rumah-rumah dan tanah pertanian mengakibatkan dua orang petani Palestin cedera dan laporan lain menyebut pejuang Palestin menghadang pencerobohan dan di sebelah petang pula, pejuang Palestin mengebom skuad infantri zionis. Berhubung serangan malam ini, pada pagi tadi, media massa Israel menuduh HAMAS merencanakan serangan roket jenis 'grad' ke selatan tanah jajahan 1948 pada malam Jumaat lepas, lantas tuduhan ini dinafikan oleh gerakan HAMAS yang menyindir ianya berkait dengan kempen pilihanraya ulangan peringkat Presiden Mesir. Sumber 17/06/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

ALWIYAH mengebom infantri zionis di Gaza Tengah


Laporan jam 07:51 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 06:51 malam, waktu Mesir

GAZA TENGAH - Sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH, iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah mengumumkan hari ini bahawa pejuangnya telah mengebom skuad infantri zionis(tentera pejalan kaki) dengan tiga peluru mortar jenis 'hawn' di sebelah timur Mukhayyam El-Maghazi, Gaza Tengah(Pertengahan Semenanjung Gaza).

Kenyataan media ALWIYAH yang disiarkan oleh agensi berita SAFA menyebut, salah satu dari unit pengebom ALWIYAH telah berjaya melepaskan tiga peluru mortar jenis 'hawn' ke arah skuad infantri zionis yang menceroboh timur El-Maghazi pada jam 04:10 petang, waktu BaitulMaqdis pada petang tadi. ALWIYAH menyerang skuad infantri terbabit sewaktu menjalankan operasi ketenteraan berhampiran pagar pemisah keselamatan yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza di sebelah timur.

ALWIYAH menyatakan, pejuang-pejuangnya berjaya menjalankan misi mereka dan selamat pulang ke markaz tentera.

Jelas ALWIYAH lagi, operasi serangan ini adalah bagi menghadang pencerobohan zionis yang tidak putus-putus terhadap hak kami Palestin di Semenanjung Gaza. 

Dalam kenyataan itu, ALWIYAH tetap berpegang dengan jalan jihad sebagai satu-satunya jalan membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin yang telah dirampas. Sumber 17/06/2012, web berita Safa.ps

[Kemaskini] Pejuang hadang pencerobohan terbatas di Deir Al-Balah

Laporan jam 09:09 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:09 pagi, waktu Mesir
[Kemaskini jam 11:04 pagi, waktu Mesir]

GAZA TENGAH - Tentera rejim zionis(IDF) telah menceroboh secara terbatas ke dalam kawasan tanah-tanah pertanian di sebelah timur Deir Al-Balah, Gaza Tengah pada pagi ini, Ahad, 17/06/2012.

Menurut pemberita SAFA dan PALTIMES, dianggarkan 11 buah jentera perang, di antaranya 3 buah kereta kebal dan 8 jentolak telah memulakan operasi meratakan tanah serta menjalankan operasi mengesan di kawasan yang diceroboh sambil melepaskan tembakan.


Berhubung pencerobohan ini, pejuang Palestin telah menghadang dengan mengebom lokasi tempat perkumpulan jentera perang zionis dengan melepaskan 8 peluru mortar jenis 'hawn' diikuti berbalas tembakan.


Kaitan berita:
2. [Kemaskini] Zionis ceroboh, hala bertubi-tubi tembakan di timur Khan Younis


Semasa kejadian ceroboh yang sama baru-baru ini dan kerap berlaku pada masa lalu, jentolak zionis telah meratakan begitu luas tanah-tanah pertanian penduduk Palestin di sepanjang garisan sempadan sebelah timur Semenanjung Gaza. Sumber 17/06/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net