23 Jun 2012

Persetujuan baru gencatan dengan zionis


Laporan jam 07:36 malam, waktu Kaherah

GAZA - Salah seorang pemimpin gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية), Aiman Taha berkata, 'persetujuan baru gencatan(bertenang) dengan rejim zionis(penjajah/Israel) telah dicapai pada petang Sabtu yang diselia oleh pihak tengah, Mesir menetapkan tentangan zionis mesti dihentikan.'

Kata Aiman dalam kenyataan rasmi kepada agensi berita SAFA, persetujuan baru ini juga sama sepertimana yang dicapai beberapa hari yang lalu, sambil itu, beliau menegaskan bahawa gerakannya berpegang dengan apa yang disepakati selagimana zionis juga menurut gencatan ini.

"Sekiranya zionis melanggar persetujuan, kami akan balas," ujar beliau.

Persetujuan yang dicapai secara lisan ini adalah kali kedua dalam masa beberapa hari ia telah disempurnakan oleh Mesir di antara sayap-sayap tentera Palestin(فصائل المقاومة الفلسطينية) dengan rejim zionis.

Sejak hari Isnin yang lalu (18/06/2012) sehinggalah pada petang Sabtu (23/06/2012), rejim zionis telah melancarkan lebih 40 serangan udara dan darat di keseluruhan tempat di Semenanjung Gaza mengakibat 16 orang penduduk Palestin syahid, empat di antaranya kanak-kanak dan beberapa orang pejuang, bilangan yang cedera tidak kurang dari 70 orang termasuk kanak-kanak dan wanita.

Persetujuan yang dicapai menetapkan supaya tentera rejim zionis menghentikan serangan-serangan di Semenanjung Gaza diikuti sayap-sayap tentera Palestin juga menghentikan serangan roket ke bandar-bandar dan pengkalan tentera rejim zionis yang berada setentang dengan sempadan Semenanjung Gaza.

Pendirian rejim zionis

Pada petang Sabtu (23/06/2012), Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi arahan kepada tenteranya meneruskan serangan dengan sepenuh kekuatan menghentam Semenanjung Gaza demi semata-mata seperti yang dinamakan 'mempertahankan warga-warga di selatan Israel(selatan tanah jajahan 1948)'.
Arkib: Tengah, Benny Gantz, kanan, Netanyahu dan sebelah kiri, Ehud Barak
Arahan tersebut ketikamana Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengadakan pertemuan dengan Ketua Turut Angkatan Tentera Israel, Benny Gantz dan beberapa lagi ketua-ketua keamanan di pejabatnya di bandar Tel-Aviv(تل الربيع) bagi menilai keadaan dan sekitar sewaktu tentangan ini masih jelas wujud.

Sebelum itu, pada waktu tengahari, Benny Gantz mengadakan pertemuan dengan anggota Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Israel yang membincangkan isu yang sama.

Peringatan dari sayap tentera Palestin

Memetik dari kenyataan rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) yang dikeluarkan pada petang Sabtu, "Jikalau pusingan yang lalu(Selasa dan Rabu) tidak mencukupi untuk menyampaikan mesej, maka kami telah bersedia membalas serangan untuk menghancurkan kesombongan musuh serta menghentikan perilaku jenayahnya."

Arkib: Abu Ubaidah(merah), jurucakap sayap tentera gerakan HAMAS
Tambahan dari kenyataan tersebut, AL-QASSAM menjelaskan, 'serangan-serangan dan jenayah yang dilakukan musuh tidak boleh diam begitu sahaja, serangan balas juga mesti dengan cara dan jalan yang sesuai sebagaimana yang kami mahu, pada waktu itu, sesiapapun jangan salahkan para mujahideen'.

AL-QASSAM mengharap kepada rakyat-rakyat Palestin agar tingkatkan kesabaran, sentiasa tabah serta yakin dengan pertolongan Allah.

Sepertimana serangan balas ke atas tentangan rejim zionis, pada hari Selasa dan Rabu lepas, KATAIB AL-QASSAM telah melancarkan 120 serangan roket dan peluru mortar ke lokasi-lokasi tentera zionis(pengkalan tentera zionis). Bersama AL-QASSAM, sayap-sayap tentera Palestin yang lain turut bergandingan melancarkan serangan-serangan roket ke Israel dan kawasan penempatan awam Israel. 

Menukil dari sumber tentera yang dipaparkan oleh web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) pada malam yang lalu, serangan-serangan balas dari gerakan HAMAS ketika pusingan baru-baru ini masih lagi serangan yang biasa.

Bagaimanapun, sumber yang sama berkata kepada YNET dalam laporan yang telah disiarkan, serangan-serangan balas dari gerakan HAMAS telah berlaku banyak perubahan, mereka mampu melancarkan serangan roket dengan cara mengawal dari jarak jauh dan inilah yang mengukuhkan kedudukannya.

Selain itu, tentera zionis mengakui bahawa sayap tentera HAMAS pada kali ini sengaja tidak melancarkan banyak roket-roket ke lokasi awam, dan hanya tertumpu ke atas pengkalan-pengkalan tentera. Demikian itu dinyatakan lagi, gerakan HAMAS mengubah cara serangan dengan menjadikan sangat sulit untuk tentera zionis mengesan kedudukan pelancar-pelancar roket sebelum ianya dilancarkan.

Sumber-sumber Israel mengesahkan pihaknya menerima gelombang tentangan sengit baru-baru ini, di anggarkan dalam lingkungan 130 serangan roket ditembak ke Israel mengakibatkan 11 orang warga Israel cedera termasuk, di antaranya empat orang tentera, sementara itu, puluhan ribu warga Israel yang lain terpaksa menghabiskan waktu dalam tempat perlindungan dan lokasi-lokasi yang selamat. Sumber 23/06/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Berbelas-belas cedera, zionis lancar serangan berantai

Laporan jam 02:00 pagi, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Selepas detik jam 2 pagi(01:00 pagi, waktu Kaherah), beberapa peluru berpandu telah dimuntahkan oleh pesawat tempur zionis ke atas sebuah bangunan yang masih dalam proses pembinaan, tambahan lagi, dibom pula tapak halaman latihan pasukan keselamatan negeri yang bercantum dengan sebuah bangunan besar 'As-Saraya' di pertengahan bandar Gaza, lantas mengakibatkan empat orang anggota keselamatan dan empat orang awam cedera.
____________________________________________________

Catatan masa:
01:25 pagi, waktu Mesir, menukil dari agensi berita SAFA, pesawat-pesawat tempur zionis waktu ini melancarkan beberapa serangan ke atas sasarannya di Semenanjung Gaza.

01:11 pagi, waktu Mesir, menukil dari agensi berita SAFA, serangan udara ke atas bangunan As-Saraya di pertengahan bandar Gaza mengakibatkan kemusnahan besar dan wujud beberapa orang yang cedera.
____________________________________________________
Serangan di bandar Gaza
Sebahagian dari kesan serangan di bandar Gaza
Serangan ke atas As-Saraya meninggalkan kemusnahan yang besar, di antaranya beberapa buah kenderaan awam dan tentera musnah. Begitu juga pangsapuri dan beberapa buah rumah serta bangunan perniagaan rosak teruk. Selain itu, pejabat-pejabat media massa juga terjejas, di samping, penduduk-penduduk Palestin di kawasan berkenaan dihambat rasa bimbang dan panik ekoran dari serangan ini.

Utara Semenanjung Gaza

Sementara itu, serangan di sebelah utara Semenanjung Gaza, pesawat tempur zionis menyasarkan sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) berhampiran pejabat kemasyarakatan di timur Jabaliyah sehingga mengakibatkan 10 orang penduduk cedera. Mangsa-mangsa serangan telah dibawa ke hospital Kamal Udwan untuk rawatan lanjut.

Serangan di Gaza Tengah

Pesawat tempur zionis terus melancarkan serangan ke atas sebuah lagi lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di persisiran laut Deir Al-Balah, Gaza Tengah, lalu mengakibatkan seorang awam cedera semasa berjalan kaki berhampiran lokasi serangan. Mangsa telah pun dibawa ke hospital.

Serangan di selatan Semenanjung

Manakala serangan darat, jentera perang zionis yang berkumpul di pintu gerbang Al-Mutabbiq sebelah timur Rafah(selatan) melepaskan bertubi-tubi tembakan mesingan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin dan ke arah tanah-tanah pertanian. Sehingga saat ini, tiada laporan mengenai kecederaan. Sumber 23/06/2012, web berita Safa.ps