Laporan jam 02:00 pagi, waktu Mesir
SEMENANJUNG GAZA - Selepas detik jam 2 pagi(01:00 pagi, waktu Kaherah), beberapa peluru berpandu telah dimuntahkan oleh pesawat tempur zionis ke atas sebuah bangunan yang masih dalam proses pembinaan, tambahan lagi, dibom pula tapak halaman latihan pasukan keselamatan negeri yang bercantum dengan sebuah bangunan besar 'As-Saraya' di pertengahan bandar Gaza, lantas mengakibatkan empat orang anggota keselamatan dan empat orang awam cedera.
____________________________________________________
Catatan masa:
01:25 pagi, waktu Mesir, menukil dari agensi berita SAFA, pesawat-pesawat tempur zionis waktu ini melancarkan beberapa serangan ke atas sasarannya di Semenanjung Gaza.
01:11 pagi, waktu Mesir, menukil dari agensi berita SAFA, serangan udara ke atas bangunan As-Saraya di pertengahan bandar Gaza mengakibatkan kemusnahan besar dan wujud beberapa orang yang cedera.
____________________________________________________
Serangan di bandar Gaza![]() |
| Sebahagian dari kesan serangan di bandar Gaza |
Utara Semenanjung Gaza
Sementara itu, serangan di sebelah utara Semenanjung Gaza, pesawat tempur zionis menyasarkan sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) berhampiran pejabat kemasyarakatan di timur Jabaliyah sehingga mengakibatkan 10 orang penduduk cedera. Mangsa-mangsa serangan telah dibawa ke hospital Kamal Udwan untuk rawatan lanjut.
Serangan di Gaza Tengah
Pesawat tempur zionis terus melancarkan serangan ke atas sebuah lagi lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di persisiran laut Deir Al-Balah, Gaza Tengah, lalu mengakibatkan seorang awam cedera semasa berjalan kaki berhampiran lokasi serangan. Mangsa telah pun dibawa ke hospital.
Serangan di selatan Semenanjung
Manakala serangan darat, jentera perang zionis yang berkumpul di pintu gerbang Al-Mutabbiq sebelah timur Rafah(selatan) melepaskan bertubi-tubi tembakan mesingan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin dan ke arah tanah-tanah pertanian. Sehingga saat ini, tiada laporan mengenai kecederaan. Sumber 23/06/2012, web berita Safa.ps





Tiada ulasan:
Catat Ulasan