22 Jun 2012

[Kemaskini] Pejuang syahid, dua lagi cedera dalam serangan di tenggara Gaza


Laporan jam 10:47 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:47 malam, waktu Mesir


Sejak Isnin yang lalu, dalam lingkungan 13 orang penduduk Palestin telah syahid termasuk beberapa orang pejuang, manakala lebih 27 orang penduduk Palestin cedera.
__________________________________

GAZA - Pesawat pengintip tanpa juruterbang telah melancarkan serangan ke atas sebuah motosikal malam ini di sebelah tenggara bandar Gaza mengakibatkan seorang pejuang syahid, manakala dua lagi cedera.

Penyampai berita SAFA berkata, serangan terbabit menyasarkan pejuang-pejuang Palestin berhampiran stesen Al-Khazindar yang terletak dari arah tenggara bandar Gaza, lantas salah seorang darinya mengalami pendarahan kritikal, kemudian tidak lama selepas kejadian, mangsa telah gugur syahid, sementara itu, dua orang lagi pejuang mengalami luka yang sederhana.

Sumber dari agensi berita SAFA menyatakan, ketika pesawat-pesawat pengintip kerap meninjau di ruang udara Semenanjung Gaza, pihak keselamatan mengosongkan pejabat dan balai masing-masing ekoran pesawat-pesawat berkenaan berterbangan rendah. 

Sebelum itu, SAFA dan PALTIMES menukilkan laporan dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew menyebut satu serangan roket buatan tempatan gugur di kawasan lapang malam ini di sebelah barat Al-Naqab, selatan tanah jajahan 1948.

YNET mendakwa serangan roket tidak mengakibatkan kecederaan mahupun menjejaskan harta benda.

Sumber PALTIMES: Jenazah Basem Ahmad diusung
dan diiring penduduk Palestin pada petang tadi.
Roket yang dilepaskan ke lokasi Israel selepas beberapa jam dari kejadian serangan udara yang menyebabkan seorang pemuda, Basem Ahmad telah syahid dan dua lagi cedera di Mukhayyam Al-Buraij, Gaza Tengah.

Kaitan berita:

Dari sudut lain, kumpulan pejuang, KATAIB AS-SYAHID ABDUL QADIR AL-HUSAINI mengumumkan telah melancarkan serangan roket jenis 107 ke arah lokasi tentera 'Zekem', dan satu lagi serangan roket jenis 'SEJJIL' ke arah bandar Netivot. Sumber 22/06/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

*SEJJIL: Nama peluru roket mungkin diambil sempena nama peluru berpandu jarak jauh, kemudian telah dipertingkan keupayaan, lalu dinamakan SEJJIL. Generasi yang terbaru pula dinamakan SEJJIL 2. SEJJIL yang digunakan oleh pejuang Palestin bukanlah memiliki keupayaan sebagaimana peluru roket SEJJIL yang berada dalam genggaman Iran yang mana kekuatannya mampu meluru jarak sejauh 2000 kilometer ataupun, nama SEJJIL ini mungkin juga diibaratkan seperti yang terdapat surah Al-Fil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan