22 Jun 2012

Syahid, dua cedera dalam serangan udara di Gaza Tengah

Laporan jam 05:18 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 04:18 petang, waktu Mesir
Jam 10:18 malam, waktu Malaysia

GAZA TENGAH - Satu serangan udara ke atas sekumpulan penduduk Palestin di kawasan Gaza Tengah telah mengakibatkan seorang pemuda syahid dan dua lagi cedera.

Sumber dari pihak keselamatan berkata kepada agensi berita SAFA, pesawat pengintip tanpa juruterbang milik Angkatan Tentera Udara  Israel telah mengebom sekumpulan penduduk di sebelah timur Mukhayyam Al-Buraij, lantas mengakibatkan pemuda yang dikenali Abdullah Ahmad, 29 syahid dan dua lagi mengalami cedera parah.

Dari sudut lain, tentera zionis(Israel/penjajah) mengakui pesawat tempurnya melakukan serangan udara ke atas sekumpulan penduduk Palestin di Mukhayyam Al-Buraij.

Menukil laporan yang lain, sebelum Jumaat, dua serangan roket telah gugur di sekitar Majlis Penempatan Eshkol, barat Al-Naqab menyebabkan serpihan serangan roket menjejaskan 'rumah hijau'(khusus untuk pertanian).

Siaran radio kerajaan Israel menjelaskan bahawa serpihan roket jenis 'grad' turut ditemui pagi ini di kawasan Be'ir Tufia, selatan bandar Ashdod(selatan tanah jajahan 1948).

Di sekitar bandar Ashkelon, siaran radio menghebahkan pada malam yang lepas, 4 serangan roket gugur di kawasan berkenaan tanpa melibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda, sambil mendakwa, sistem penangkis roket(Iron Dome/منظومة القبة الحديدية) telah memintas salah satu dari tiga serangan roket yang gugur di sebuah kawasan lapang, demikian menurut siaran radio.

Pejuang Palestin akui lepas serangan

Berhubung kejadian ini, sebuah kumpulan pejuang Palestin, KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) mengumumkan pihaknya yang bertanggungjawab melancarkan serangan roket jenis 107 ke Sufa, dan turut mengebom Ashkelon dengan dua serangan roket jenis 107 serta melepaskan serangan roket jenis yang sama ke penempatan Miftahim yang berada di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza pada awal pagi Jumaat.

Komitmen dengan gencatan

Menukil laporan dari suratkhabar HURRIYAH WAL-ADALAH, sayap tentera kepada gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah mengumumkan bahawa pihaknya memberi komitmen kepada 'gencatan'(bertenang) dengan Israel sebagai menyahut usaha Mesir, namun selagimana pihak Israel turut berpegang dengan gencatan. Sedemikian itu, setelahmana gelombang serangan yang mendadak merangkumi serangan-serangan Israel dan dibalas dengan tembakan serangan-serangan roket pejuang Palestin. 
Petikan dari suratkhabar Hurriyah Wal-Adalah, 22 Jun 2012
Sejak zionis menyerang Semenanjung Gaza pada hari Isnin yang lalu sehinggalah tercapainya persetujuan gencatan malam Rabu yang lepas dan serangan yang masih merebak sehingga saat ini telah mengakibatkan dalam lingkungan 12 orang penduduk Palestin termasuk pejuang-pejuang telah syahid, manakala lebih 25 orang penduduk Palestin cedera. Masing-masing ada yang luka parah, kritikal, sederhana dan ringan. Begitu juga di sebelah pihak zionis, lebih 11 orang yang cedera termasuk tentera zionis dan ada warga zionis yang dilanda histeria.

Pejuang-pejuang Palestin menghujani serangan-serangan roket ke lokasi-lokasi tentera dan awam Israel ekoran sikap zionis yang tidak mampu berpegang dengan gencatan yang tercapai sebelum ini. Pejuang-pejuang Palestin telah mengingatkan berulang kali agar zionis tidak melanggar gencatan yang lalu, namun beberapa minggu sebelum meletusnya serangan-serangan ini, rejim zionis kerap menceroboh ke tanah-tanah Semenanjung Gaza dan mencederakan penduduk Palestin, di samping itu, pada minggu lepas, rejim zionis menuduh pejuang-pejuang Palestin terlibat dalam serangan roket dan berbalas tembakan di sempadan tanah Mesir dengan Israel(tanah jajahan 1948), lalu hal ini telah dinafikan pejuang Palestin. Sumber 22/06/2012, web berita Safa.ps dan suratkhabar Hurriyah Wal-Adalah [Mesir]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan