08 Ogos 2012

Haniyeh nyatakan setuju kepada Qandil kawal sempadan

Arkib foto: Dr. Hesham Qandil, 50 
KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Dr. Hesham Qandil mengesahkan bahawa waktu ini amat terdesak dan mesti menanti untuk mengetahui hasil siasatan serangan Rafah dan apa yang ditafsirkan supaya Mesir dapat memutuskan tindakan yang sewajarnya. Tegas beliau, apa yang penting sekarang adalah mengekang pergerakan di sempadan dan bertindak memusnahkan sarang-sarang persembunyian kumpulan-kumpulan bersenjata.

Kata Dr. Hesham dalam sidang media sebaik sahaja selesai perjumpaan dengan menteri-menteri kabinet, Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin telah menghubunginya sebelum waktu berbuka puasa petang Selasa dan menyatakan bersetuju dengan keputusan Mesir untuk mengawal garisan-garisan sempadan. Jelas Haniyeh, darah Mesir haram disentuh (serangan tersebut) dan bukan dengan cara membebaskan Palestin membunuh orang-orang Mesir.
Sinai berdepan dengan ancaman keamanan dan krisis pembangunan
Dr. Hesham menjelaskan bahawa modus operandi khas berhubung agenda menubuhkan badan pembangunan Sinai akan dikeluarkan waktu terdekat agar dapat membantu menyelesaikan permasalahan Sinai dan jalan untuk menghadapinya.

Menukil laporan berita dari web agensi SAFA, Ismail Haniyeh juga menghubungi Presiden Mesir semalam dengan mengucapkan takziah ekoran tentera-tentera Mesir yang syahid dalam serangan kumpulan tidak dikenali pada waktu berbuka puasa, 05/08/2012 di Rafah Mesir, utara Sinai.

Baca lagi:

Arkib foto: Ismail Haniyeh
Dalam perbualan telefon, PM Palestin menegaskan bahawa hubungan kerjasama dua pihak tetap berterusan bagi memintas usaha pihak tertentu yang cuba menimbulkan ketegangan antara Gaza dengan Mesir.

Beliau bertegas lagi, Gaza sama sekali tidak terlibat dalam jenayah kejam dan beliau mencadangkan agar jawatankuasa keamanan bersekutu dibentuk agar hubungan kerjasama dapat dikekalkan sepanjang masa. Sumber 08/08/2012, web berita Paltimes dan 07/08/2012, web berita Safa

Jurucakap HAMAS selar kenyataan FATAH terhadap Gaza

GAZA - Gerakan HAMAS (حركة المقاومة الإسلامية) menyelar kenyataan gerakan FATAH (حركة التحرير الوطني الفلسطيني) yang berusaha membabitkan Semenanjung Gaza dan HAMAS dalam kejadian jenayah kumpulan bersenjata yang meragut 16 nyawa tentera Mesir di Rafah Mesir, menurut laporan dari agensi berita PALTIMES.

Kaitan berita:

Jurucakap HAMAS, Fauzi Barhum dalam kenyataan beliau pada hari Selasa, 07/08/2012 menerusi jaringan sosial facebook, berkata, kenyataan berulang kali yang dikeluarkan oleh jurucakap FATAH, Ahmad Assaf dan Jamal Nazal berhubung pembunuhan tentera Mesir yang mengaitkan Gaza dan HAMAS merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menjejaskan perpaduan Palestin, malah kenyataan ini tidak ada satu nilai akhlak dan asas prinsip politik yang mana tidak perlu dijawab.

Ahmad Assaf, jurucakap FATAH dalam kenyataan beliau sewaktu temubual siaran televisyen telah mengemukakan riwayat yang diceritakan pihak zionis dan mendakwa keterlibatan Semenanjung Gaza dalam kejadian bunuh tentera Mesir di Rafah Mesir.

Kata Ahmad, "apa yang berlaku di Sinai adalah kesinambungan biasa yang berlaku di Gaza," lalu, Ahmad memberi galakkan supaya pihak Mesir menutup terowong-terowong bawah tanah yang bersempadan dengan tanah Gaza.

Dari sudut lain, anggota Majlis Revolusi FATAH, Jamal Nazal selaku jurucakap gerakan FATAH di Eropah turut memberi galakkan agar pihak Mesir menggunakan cara baru dalam mengendalikan Semenanjung Gaza. Dakwa Jamal, gerakan HAMAS amat berkeinginan tanah-tanah Sinai. Demikian itu, kenyataan-kenyataan ini jelas mempromosikan dakyah-dakyah yang dimainkan oleh rejim zionis.

Sobhi Saleh
Berhubung situasi yang sama di Mesir, menukil dari web berita RASSD pada 08/08/2012, seorang peguam yang merupakan pemimpin Parti Hurriyah Wal-Adalah, Sobhi Saleh mengungkapkan bantahan penuh terhadap dakwaan yang dibuat ke atas Perisikan Mesir, Presiden Mesir dan Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza.

Semasa dihubungi RASSD, Saleh berkata, orang yang membuat dakwaan ini merasai dirinya lebih tinggi dari pemerintah negara dan perisikan, sebenarnya orang seperti ini tidak mengerti maksud ungkapan perisikan, presiden dan agensi negara. Berikutan itu, dakwaan ini tidak ada langsung nilai dan pada asasnya tidak perlu diperdengarkan.

Seperti disebutkan, Ramadhan Al-Aqsar, Setiausaha Agung kepada salah sebuah parti saki-baki pemerintah lalu iaitu Parti Rakyat yang masih dalam penubuhan telah mengemukakan dakwaan kepada pendakwa raya, hakim Abdul Majid Mahmud bagi menentang Presiden Mesir, Dr. Muhammad Morsi, Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin di Gaza, dan Murad Mawafi, Ketua Badan Perisikan Mesir dengan tuduhan menyebabkan ketidakstabilan keamanan di Sinai, membenarkan anasir-anasir penjenayah dan pengganas melakukan kekacauan dan melakukan pembunuhan dalam tanah Mesir.