06 Januari 2010

Nasib Viva Palestina 3

Rombongan 'Viva Palestina 3' yang mahu menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza telah berada di Arish, Mesir, namun terpaksa berhadapan pula dengan ujian yang amat kuat.

Menurut sumber, satu pertempuran meletus antara anggota rombongan dengan Pihak Keamanan Mesir semalam. Sebelum itu, anggota rombongan membuat demontrasi bantahan berikutan Pihak Berkuasa Mesir melarang 48 buah kereta dari rombongan tersebut beredar dari Arish ke Rafah kerana kereta tersebut bukan yang membawa bantuan, sebaliknya kenderaan pengangkutan biasa.

Menurut George Galloway(ketua rombongan Viva) berkata, sejumlah dari rombongan tersebut diarahkan memasuki Gaza melalui sempadan Israel.

Ali Abu Sakkar, anggota Pertubuhan Membebaskan Sekatan Gaza berkata, anggota rombongan Viva Palestina yang mengadakan tunjuk perasaan bantahan diserang Pihak Berkuasa Mesir secara mengejut dan mengakibatkan keadaan tegang.

Akibat pertempuran itu, 6 dari anggota Viva Palestina ditangkap manakala 20 lagi parah. Dinyatakan lagi, Pihak Keamanan Mesir melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan. Sementara, 14 anggota polis Mesir turut mengalami luka parah.

Berikutan kejadian ini, puluhan ribu penduduk Turki berhimpun di hadapan bangunan Konsul Mesir, Istanbul sebagai bantahan kerana layanan buruk Mesir terhadap rombongan Viva Palestina 3.

Sumber menyatakan, ketika ini pihak Kerajaan Turki dan Mesir sedang berunding berhubung kejadian yang telah berlaku. Sumber 05-06/01/2010, berita al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan