
Janji Mesir untuk mudahkan rombongan 'Viva Palestina 3' ke Gaza bertukar menambahkan lagi ketegangan berikutan layanan buruk Pihak Berkuasa Mesir terhadap anggota rombongan Viva Palestina 3 setelah mengharungi pelayaran dari Allaziqiah(Syria) ke Arish, Mesir.
Sebelum ini, puluhan ribu penduduk Turki membuat bantahan di hadapan bangunan Konsul Mesir, Istanbul. Pada siang tadi, puluhan penduduk Gaza pula mengadakan tunjuk perasaan dengan 'membaling batu' ke arah kawasan Mesir yang bersempadan dengan Gaza kerana
membantah ke atas Mesir berikutan kejadian di Arish yang menimpa rombongan 'Viva Palestina 3'.
Sumber menjelaskan, puluhan penduduk Gaza dari kalangan pemuda berkumpul berdekatan pintu Salahuddin(Semenanjung Gaza) sambil mempamerkan rasa marah terhadap Mesir.
Sementara itu, beberapa buah kereta perisai Mesir bergerak di sepanjang sempadan Gaza-Mesir ketika para penunjuk perasaan membaling batu. Tambahan pula, Pihak Berkuasa Mesir turut melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan bagi menghalang mereka dari mendekati garisan sempadan. Akibatnya, sejumlah dari pemuda Gaza yang turut serta dalam tunjuk perasaan mengalami kecederaan.
Sumber dari Perubatan Palestin turut menyatakan, 35 pemuda Palestin parah manakala 2 lagi di ambang kematian dan 5 lagi kritikal akibat tembakan dari pengawal sempadan Mesir di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Bagaimanapun, dilaporkan seorang anggota polis Mesir mati dipercayai ditembak oleh penembak tepat dari sebelah sempadan Gaza.
Rentetan kejadian yang berlaku, sepanjang hari ini Menteri Luar Turki berunding dengan Menteri Luar Mesir bagi menyelesaikan masalah yang berlaku agar rombongan 'Viva Palestina 3' dapat masuk ke Gaza.
Terkini, sumber menyatakan beberapa buah bas dan kereta dari rombongan 'Viva Palestina 3' telah mula memasuki Gaza melalui sempadan Rafah lewat petang tadi.
Sebagaimana yang dinyatakan, sempadan Rafah Mesir dibuka pada 3 Januari sehingga 6 Januari 2010. Sumber 06/01/2010, berita al-Jazeerah, web berita al-Jazeerah dan web berita al-Aqsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan