28 Mac 2010

Desak hadang rempuhan pelampau Yahudi ke Al-Aqsa

Berhubung pengumuman puak-puak pelampau Yahudi yang mahu menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa esok hari, Syeikh Akramah Sabri, Ketua Badan Tertinggi Islam-Masehi yang juga khatib(pengkhutbah) Masjid Al-Aqsa serta Syeikh Dr. Taisir Rejab At-Tamimi, Qadhi Qudhah Palestin menyeru kepada penduduk Palestin supaya pergi ke Masjid Al-Aqsa bagi menghadang sebarang rempuhan ke Masjid Al-Aqsa.

Sehubungan dengan itu, kedua-dua agamawan tersebut menyeru kepada penduduk Palestin agar mengukuhkan pertahanan dalaman serta menyelesaikan persengketaan sesama sendiri.

Desakan dari agamawan itu adalah sebagai tindak balas kepada beberapa puak pelampau Yahudi yang telah mengumumkan bahawa mereka bertekad untuk merempuh dan menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Rempuhan tersebut dinyatakan untuk persediaan bagi mengadakan perayaan Yahudi. Sumber menjelaskan, lokasi perayaan itu di antara Qubbah Sukhra(Kubah Batu) dan Qubbah Silsilah. Tambahan pula, gerakan amanah haikal yang juga merupakan puak pelampau Yahudi telah membuat pengumuman untuk mengadakan perarakan Yahudi menuju ke Masjid Al-Aqsa pada khamis akan datang untuk meruntuh masjid dan membina kuil seberapa segera, menurut dakwaan Yahudi.

Syeikh Sabri berkata kepada Pusat Media Palestin hari ini bahawa zionis telah berusaha tanpa henti bagi menceroboh Masjid Al-Aqsa malah percubaan mereka memang terjadi. Sehubungan itu, mereka mengambil kesempatan dengan perayaan Yahudi untuk mencampuri hal-ehwal Al-Aqsa.

Beliau berkata, usaha tersebut adalah untuk menguasai Masjid Al-Aqsa.

Syeikh Akramah Sabri menuduh zionis bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang tidak diingini esok hari. Beliau turut mendesak supaya ada tindakan bagi menghalau pelampau Yahudi dari perkarang Masjid Al-Aqsa.

Beliau turut merayu kepada Persidangan Kemuncak Arab yang sedang berlangsung supaya sentiasa menyebelahi Al-Quds bagi melindungi kesuciannya dari pengyahudian zionis.

Beliau turut bertegas bahawa amanah ini berada di leher mereka dan Allah Ta'ala akan mempersoalkan di akhirat nanti kepada sesiapa yang tidak berusaha menyelamatkan Al-Aqsa.

Rempuhan di pintu El-Magharibah

Sumber menyatakan, kumpulan pelampau Yahudi telah melakukan rempuhan di pintu pagar Masjid Al-Aqsa dari pintu El-Magharibah yang turut dikawal ketat polis zionis.

Risau rempuhan akan lebih meluas

Penduduk-penduduk Palestin di Al-Quds turut melahirkan kerisauan dengan rempuhan puak pelampau Yahudi ke Masjid Al-Aqsa yang disifatkan sebagai tindakan pertama dan disusuli rempuhan yang lebih dahsyat dari semasa ke semasa.

Dalam masa yang sama, kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi menyeru kepada pengikut-pengikutnya agar menyertai perayaan yang dinamakan "korban" sempena hari di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Pengawal Masjid Al-Aqsa turut mengadu bahawa jemaah solat di Masjid Al-Aqsa dari kalangan penduduk Palestin semakin berkurangan dalam masa ini. Pastinya menjadi tumpuan dari kelompok, kumpulan dan puak pelampau Yahudi untuk menceroboh dan merempuh Masjid Al-Aqsa. Sumber 28/03/2010, web berita islamtoday.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan