28 Mac 2010

Penjajah kawal ketat(tutup) Tebing Barat

Kementerian Pertahanan Israel hari ini telah mengenakan kawalan ketat(tutup) ke atas Tebing Barat selama 9 hari. Sebagaimana dinyatakan, penguatkuasaan itu sempena perayaan Yahudi(عيد الفصح اليهودي).

Menurut keterangan yang bersumberkan dari tentera Israel, pihaknya hanya membenarkan keluar/masuk bagi bantuan kemanusiaan dari sudut perubatan dan beberapa pengecualian ke Israel atau timur Al-Quds.

Bagaimanapun untuk mendapatkan kebenaran keluar-masuk terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran dari pejabat kemasyarakatan di Tebing Barat yang berada di bawah seliaan tentera Israel.

عيد الفصح اليهودي yang merupakan perayaan tahunan Yahudi bagi memperingati hari penduduk Yahudi keluar dari tanah Mesir. Disebutkan perayaan tersebut bermula pada tahun ini, dari hari isnin(esok hari) sehingga 6 april akan datang.

Sementara itu, penjajah terus melancarkan operasi rempuhan dan penangkapan di Nablus, Ramallah dan Khalil di Tebing Barat. Dalam operasi tersebut, penjajah telah menangkap 5 penduduk Palestin dengan alasan 'dikehendaki'.

Ketika menceroboh beberapa buah rumah Palestin, tentera penjajah mengarahkan penghuni-penghuni rumah Palestin mengosongkan rumah dan pergi ke sebuah kawasan terbuka.

Penjajah tangkap 15 penunjuk perasaan

Dari sudut lain, tentera penjajah juga menangkap 15 penunjuk perasaan yang terdiri dari penduduk Palestin dan Israel sebaik sahaja mereka(penunjuk perasaan) tiba di Masjid Bilal Bin Rabah di Bet Lehem. Sumber 28/03/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan