GAZA - Hasil kajian analisis yang dibuat oleh Pusat Kajian Masa depan di Semenanjung Gaza mendapati 94.5% pendapat menyokong hukuman mati dilaksanakan ke atas ejen-ejen(talibarut) Israel yang menyebabkan penduduk Palestin terbunuh.
Menurut sumber, maklumat ini diperolehi ketika satu sidang akhbar Pusat kajian tersebut yang berlangsung hari ini di Gaza.
Sementara itu, 5.4% pendapat yang membantah pelaksanaan hukuman tersebut.
Pusat Kajian tersebut telah menjalankan analisis ini dari 1 hingga 4 April 2010.
Isu ejen satu permasalahan
Menurut Menteri Dalam Negeri Kerajaan Palestin di Gaza, Fathi Hamad mengesahkan bahawa kementeriannya telah mengeluarkan ketetapan berhubung pelaksanaan hukuman mati ke atas ejen Israel. Bagaimanapun, pandangan rasmi dari Badan Hak-hak Asasi membantah pelaksanaan undang-undang sebegini.
"Perkembangan terbaru bagi isu ini, siasatan telah dijalankan ke atas ejen-ejen..hasilnya beberapa dikalangan mereka akan menerima hukuman penjara dan beberapa lagi akan dihukum mati. Pelaksanaan hukuman ini bakal dijalankan dalam tempoh masa yang terdekat", ujar Hamad.
Dari badan perundangan pula, pendakwa raya di Gaza meminta supaya pelaksaan hukuman itu mengikut undang-undang kehakiman yang memenuhi syarat-syarat perundangan, malah pengesahan hukuman itu memerlukan sokongan daripada undang-undang dasar. Sumber 08/04/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan