GAZA - Pengerusi Panitia Masyarakat bagi menghadapi sekatan, Jamal Khadri sekali lagi meminta kepada Republik Arab Mesir agar membuka sempadan Rafah bagi membolehkan penduduk Palestin melintas keluar melalui sempadan itu untuk rawatan, pengajian dan bantuan kemanusiaan.
Khadi berkata sedemikian dalam satu sidang akhbar yang berlangsung hari ini di Gaza.
"Dalam lingkungan 8,248 penduduk Palestin telah berdaftar untuk melintas keluar seperti yang ditunjukkan oleh Kementerian Dalam Negeri Gaza. Bagaimanapun, 2200 pesakit Palestin memerlukan keizinan melintas keluar ke Mesir untuk mendapatkan rawatan secepat yang mungkin, tambahan pula pelajar-pelajar Palestin yang menuntut diluar dan pelawat asing juga sedemikian", jelas Khadri.
Beliau menyatakan setakat ini, sempadan Rafah yang dibuka pada hari rabu dan khamis setiap minggu hanyalah untuk penduduk Palestin pulang ke Gaza; sama ada yang mendapat rawatan di luar dan penduduk-penduduk Palestin yang masih terperangkap di Mesir. Namun, perlu juga ada hari-hari yang boleh diberi kebenaran kepada penduduk Palestin yang mahu keluar melintasi sempadan Rafah Mesir; sama ada pesakit Palestin dan kemudahan kepada keadaan yang berat agar meringankan kesengsaraan penduduk.
Khadri berharap sempadan Rafah dibuka segera kerana jumlah penduduk yang mahu keluar melintasi sempadan tersebut semakin meningkat, terutamanya mereka yang sakit.
Jamal Khadri turut mengakui bahawa hubungan pihaknya dengan Mesir cukup mendalam berikutan pendirian Mesir yang menyokong Palestin dan penduduknya. Lebih-lebih lagi keadaan di Gaza yang semakin mencengkam dari hari ke hari kerana Israel yang telah menjangkau 1,000 hari. Sumber 08/04/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan