
HAMAS telah memberi ancaman bahawa pihaknya akan meningkatkan lagi operasi untuk menculik tentera Israel jika pihak antarabangsa tidak masuk campur bagi menyelesaikan isu tahanan Palestin.
Gambar(arkib Al-Jazeerah): Keluarga-keluarga tahanan Palestin mengadakan tunjuk perasaan bagi mendesak supaya dibebaskan para tahanan Palestin dari penjara Israel.
Menurut jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, gerakannya merasai amat perlu mencari teman kepada Gil'ad Shalit(seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan HAMAS) jika pihak antarabangsa tidak berusaha menyelesaikan kesengsaraan yang dihadapi para tahanan Palestin.
usaha desakan
Sementara itu, tahanan Palestin yang berada dalam penjara Israel mengumumkan mogok lapar pada 7, 17 dan 27 pada bulan ini sebagai usaha mendesak.
Rentetan itu, Fauzi Barhum, juga jurucakap gerakan HAMAS berkata, HAMAS tidak akan menerima konsep persamaan berhubung masalah ini malah mempertahankan hak-hak tahanan Palestin adalah satu kewajipan dalam agama mahupun tanahair.
Barhum juga berharap kepada semua Badan-badan Hak Asasi Manusia dan antarabangsa supaya menjalankan peranannya yang sebenar dan bersungguh-sungguh mengendalikan masalah ini, malah tidak membisukan diri.
Barhum juga berharap Badan-badan Hak Asasi Manusia menjalankan kerjanya dengan jujur berhubung tentangan yang dihadapi para tahanan Palestin dari semasa ke semasa.
Dari gerakan FATAH pula berkata, 'dengan pembebasan yang diberikan kepada para tahanan Palestin dari penjara penjajah adalah satu-satunya bagi mengakhiri kesengsaraan mereka'.
Tambahnya lagi, selesainya isu tahanan ini akan menutup salah satu permasalahan asas pertembungan antara Palestin-Israel. Sumber 09/04/2010, web berita Al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan