09 April 2010

Rundingan damai tiada perkembangan terkini, Netanyahu batal ke Persidangan Keselamatan Nuklear

BET LEHEM - Penasihat keselamatan Negara Amerika Syarikat, Jeneral James Jones memaklumkan bahawa US tidak menetapkan sebarang ketetapan dalam waktu sekarang berhubung cadangan terkini bagi mengadakan usaha rundingan damai Palestin-Israel.

Jones turut menjelaskan,'pentadbiran US telah berbincang tentang hal ini tetapi US tidak akan memberi sebarang ketetapan baru yang boleh membawa perubahan yang besar dalam strategi perdamaian.

"Pada pendapat saya..apa yang boleh kami sebutkan dengan jelas iaitu kami tidak berniat untuk mengejutkan sesiapapun pada bila-bila masa, sekiranya ada tindakan yang dibuat ianya tertumpu kepada pengukuhan keselamatan Israel dan menyokong segala tuntutan agenda bagi menjamin kedaulatan Palestin", ujar Jones.

Jones menyatakan, perlu faham sebab Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel membatalkan dari menyertai Persidangan Keselamatan Nuklear yang bakal berlangsung di Washington pada hari Isnin, 12-04-2010.

"Kami mahu dia(Netanyahu) ada dalam Persidangan itu, tetapi dengan kehadiran delegasi Israel, Timbalan Perdana Menterinya serta Menteri Tenaga Atom, Dan Meredor sebagai ketua delegasi sudah cukup mengukuh keadaan apa sekalipun", kata Jones. Tambah beliau, "saya amat yakin Israel tidak mahu menjadi penyebab(jika hadir) akan berlaku perubahan isu dalam persidangan itu nanti.

Sumber lain melaporkan bahawa Netanyahu membatalkan penyertaannya dalam Persidangan Keselamatan Nuklear.

Wakil Israel berkata, keputusan pembatalan itu ekoran Israel mengetahui Turki dan Mesir berazam membangkitkan masalah mengenai reaktor nuklear Israel dalam persidangan yang disertai 47 buah Negara.

Tambahan pula, Israel akan digesa untuk menandatangani perjanjian larangan penularan nuklear.

Berhubung Persidangan yang bakal berlangsung, Mike Hummer berkata, 'Persidangan tersebut memberi tumpuan kepada kandungan bahan nuklear serta meminta Negara-negara yang menyertai agar mengambil berat beberapa operasi bagi menjamin kandungan nuklear tidak jatuh kepada golongan pengganas'.

Analisis sampingan

Sumber(Al-Jazeerah) melalui Pengerui Pejabat Al-Jazeerah, cawangan di Al-quds, Waleed Umariy berkata, Netanyahu terasa dihina jika dia pergi ke Washington kerana Rumah Putih(White House) tidak akan menyusun pertemuan antara Netanyahu dengan Obama.

Jelas Pengerusi itu lagi, sehinggakan perkara ini dapat digambarkan jika berlangsung pertemuan antara Netanyahu dengan Obama, maka Netanyahu terpaksa memberi jawapan dengan jelas sebagaimana yang dinantikan US mengenai masalah penempatan Israel dan rundingan damai dengan Palestin.

Umariy turut mengungkapkan, Israel berusaha membatalkan penyertaan Netanyahu di dalam Persidangan Keamanan Nuklear agar reaktor nuklear Israel dapat dielakkan dari sebarang pemeriksaan antarabangsa. Sumber 09/04/2010, web berita maan.net dan web berita Al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan