05 April 2010

Petani Palestin diserang

NABLUS - Ketika penduduk Palestin kampung Qaryut menanam pokok zaitun di sebuah tanah yang bakal disita secara tiba-tiba mereka diserang penduduk Israel yang berjumlah dalam lingkungan berpuluh-puluh penyerang. Kejadian itu berlaku di kampung Qaryut yang terletak di tenggara bandar Nablus yang berkedudukan di utara Tebing Barat.

Ghassan Daghlas, pihak yang bertanggungjawab bagi masalah penempatan di Tebing Barat menjelaskan, 'Semenjak beberapa jam sebelum kejadian, penduduk-penduduk Palestin turun ke kawasan terbabit untuk menanam pokok sempena mengingati hari bumi, bagaimanapun ketika sedang menjalankan penanaman mereka dikejutkan dengan serangan dari penduduk Israel.'

Penduduk Palestin di kampung Qaryut juga diancam dengan projek perumahan Israel dan penyitaan tanah secara berskala besar. Dinyatakan, 87% dari tanah pertanian kampung tersebut telah disita bagi kepentingan penempatan Israel yang kedudukannya bertentangan dengan kampung itu.

Sebagaimana dimaklumkan, penduduk Palestin di kampung Qaryut sering menerima ancaman dari pelampau Israel di situ. Dikatakan, pelampau Israel di situ adalah yang lebih dahsyat dari kawasan penempatan Israel yang lain. Kampung Qaryut Palestin dikeliling beberapa buah kawasan penempatan Israel; Rahel, Shilo dan Shifout Rahel. Sumber 05/04/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan