05 April 2010

Penduduk Israel melampau

AL-QUDS - Menurut sumber, 5 orang penunjuk perasaan parah. Sebagaimana dilaporkan, 3 orang dari yang mengalami luka parah adalah aktivis luar dari Majlis Gereja Antarabangsa berikutan tindakan melampau penduduk Israel ke atas penduduk Palestin di Hayyu Syeikh Jarrah, bandar Al-Quds pada tengahari tadi.

Agensi berita di Al-Quds menjelaskan bahawa berpuluh-puluh penduduk Israel menyerang Hayyu Syeikh Jarrah di Al-Quds serta bertindak secara melampau terhadap penduduk di perumahan itu. Turut menjadi mangsa adalah aktivis asing dan penduduk di situ, malah pemilik-pemilik rumah(Palestin) yang bakal menghadapi penyitaan rumah mereka. Dalam kejadian tersebut, 3 aktivis asing parah dan 2 penduduk Palestin; Aiman al-Ghwi dan Maher Hanoun juga mengalami luka parah.

Sebaik sahaja satu unit polis penjajah tiba di kawasan terbabit, seorang penduduk Palestin, Naseer Abdul Fattah Al-Ghawi, 45 telah ditangkap dan di bawa ke kawasan yang tidak di ketahui. Sumber 05/04/2010, web berita maan.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan