04 April 2010

Seorang tahanan Palestin mendapat gelaran 'kolonel'

BEER SHEEBA - Seorang tahanan Palestin, Nael Barghousi yang berada dalam tahanan penjara Israel di Beer Sheeba(Bi'ru Sab'a), selatan Israel(tanah Palestin yang dirampas Israel) telah mengakhiri tempoh masa tahanan selama 32 tahun.

Menurut Pusat Kajian Tahanan, sekarang ini Nael yang berada dalam penjara Israel sedang memasuki tahun ke-33.

Ra'fat Hamdunah, Pengarah Pusat tersebut berkata, para tahanan dari kalangan Arab yang berada dalam penjara Israel itu memberikan gelaran 'kolonel' kepada Nael kerana dia ditangkap oleh penjajah sebelum usianya mencecah 20-an. Sumber 04/04/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan