NABLUS - Selepas asar tadi, sekumpulan pelampau Yahudi merempuh masuk ke kota kecil Buren yang terletak di selatan bandar Nablus, dan kedudukannya berada di utara Tebing Barat. Dalam kejadian tersebut, sebuah rumah Palestin yang belum siap dibina menjadi sasaran serangan pelampau Yahudi.
Memetik keterangan dari Jabatan Bomba yang menyebut, '7 Israel lengkap bersenjata telah merempuh rumah yang berada di hujung kampung berkenaan mengakibatkan sebahagian dari binaan itu runtuh malah penduduk Israel memecahkan kampit simen dan bata milik seorang penduduk Palestin, Ibrahim Adil Aid.'
Rumah milik Palestin itu terletak di kawasan Jeer, Buren yang berdekatan dengan sebuah penempatan Israel.
Sebagaimana dilaporkan, beberapa buah perkampungan dan kota kecil di wilayah Nablus sering menjadi sasaran serangan dari penduduk Israel yang menguasai tanah-tanah Palestin. Sumber 17/04/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan