TEBING BARAT - Pihak Berkuasa Penjajah mengumumkan pada petang sabtu bahawa Tebing Barat dikenakan kawalan dan lingkaran keselamatan yang menyeluruh sehingga hari selasa akan datang dengan alasan perayaan hari pembebasan Yahudi.
Web berita 'Yediot Ahronot' Israel(hebrew) menyebut perintah tersebut bermula awal pagi ahad sehingga hari selasa yang meliputi semua wilayah-wilayah Palestin di Tebing Barat.
Dijelaskan, dengan perintah tersebut, penduduk Palestin dilarang masuk ke kawasan-kawasan Israel untuk kerja atau menjalankan perniagaan. Malah, keseluruhan sempadan(laluan/perlintasan) yang menghubungkan tanah Palestin dengan Israel(sebagaimana didakwa) juga ditutup hatta operasi eksport barangan ke bandar-bandar di Tebing Barat juga tertangguh. Sumber 17/04/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan