17 April 2010

Tebing Barat dan Gaza sambut hari tahanan

Liputan berita pada jam 2.25 petang(waktu Mesir) memaparkan sambutan hari tahanan Palestin yang berlangsung di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Agensi berita melaporkan sempena hari tahanan Palestin ini, sebilangan jumlah tahanan Palestin yang ditahan dalam penjara Israel melancarkan mogok lapar.

Pada jam 2.30 petang(waktu Mesir), liputan berita di Semenanjung Gaza turut memaparkan kempen simpati bersama para tahanan Palestin. Sambutan ini bermula pada awal pagi tadi di bandar Gaza. Namun, keseluruhan tempat di Gaza juga menyambut hari tahanan ini.

Menurut sumber, Ismail Haniah, Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza menyerti sambutan ini. Sebelum ini, beliau turut menggagaskan bahawa tahun 2010 adalah tahun untuk membebaskan para tahanan Palestin dari penjara Israel.

Sementara itu, Kerajaan Palestin Ramallah juga meletakkan isu tahanan ini adalah di antara isu yang utama untuk diselesaikan. Sumber 17/04/2010, berita Al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan